Artis K-POP, Kard Pukau Penonton Dengan Persembahan Yang Bertenaga

Mereka juga duta kepada Asics

Pada Sabtu, 9 November, kumpulan kuartet K-POP, Kard telah memukau penonton di pelancaran Asics GEL- BND yang telah diadakan di Sunway Pyramid. Kard yang terdiri daripada empat anggota itu iaitu BM, So Min, Ji Woo dan J. Seph turut terpilih sebagai duta kepada jenama kasut terkenal tersebut.

Kard telah memberikan persembahan yang bertenaga untuk peminat mereka di Malaysia dan juga kepada mereka yang menyertai mereka dari seluruh rantau ini. Sebagai sambutan kepada pelancaran kasut GEL-BND dan Kard sebagai wajah Asics, acara itu telah menyaksikan jumlah tetamu yang melebihi 300 orang, mengambil alih kompleks membeli-belah tersebut.

Malam pelancaran itu dimulakan dengan aksi pembukaan dari rapper tempatan Kidd Santhe, diikuti oleh persembahan tarian oleh NastyRock Crew dan ditamatkan dengan hebat oleh Kard apabila mereka mempersembahkan empat lagu terkenal mereka iaitu Oh Na Na, Don’t Recall, Bomb Bomb dan akhir sekali, Dumb Litty, sekali gus memeriahkan lagi acara tersebut dengan sorakan daripada tetamu yang hadir.

Pertama diperkenalkan pada bulan April dalam kuantiti terhad, Asics kini membawa kembali kasut siluet dalam empat warna asal ini. Dengan ini menjadikan rangkain kasut ini boleh didapati dalam 11 warna pilihan.

Kasut ini boleh didapati di semua kedai Asics dan dalam talian di asics.com. Untuk info lebih lanjut, layari laman web Asics, Facebook, dan Instagram.