7 Trend Cantik Tahun 2020 Yang Perlu Anda Tahu

N-Beauty akan ambil alih dunia kecantikan pada tahun 2020.

Tahun 2020 semakin menghampiri dan sudah tentu ramai yang ingin tahu trend terkini, terutama sekali dalam kecantikan. Oleh itu, jenama skintech Sweden FOREO telah mengeluarkan laporan trend tahunannya secara langsung dari FOREO Institute di Stockholm.

Jenama terkenal itu telah mendedahkan bahawa 2020 akan menjadi salah satu tahun yang paling monumental dan menarik untuk industri kecantikan. Daripada perkembangan teknologi sehingga pendekatan kepada kesihatan dan kecergasan, ini tujuh trend cantik yang perlu anda tahu.

Kembali Ke N-Beauty

Ketepi C-Beauty, K-Beauty dan J-Beauty, terdapat trend terbaru dalam bandar dan ia berasal dari tanah air FOREO, Nordik. N-Beauty adalah antara trend paling mudah untuk disesuaikan pada tahun 2020 dengan memfokuskan kepada penjagaan kulit yang minimal untuk mencapai seri kulit yang sihat sama seperti penduduk di negara Nordik.

Peningkatan populariti tentang penjagaan kulit minimalis atau diet penjagaan kulit ini dicetuskan oleh keletihan pengguna dengan rutin kecantikan 10 langkah bersama nasihat dermatologi untuk mengurangkan jumlah produk yang digunakan setiap hari. Selain mengurangkan langkah, asas N-beauty melibatkan penyediaan kulit dengan baik untuk meningkatkan kecekapan produk diikuti beberapa produk yang benar-benar berfungsi untuk kulit. Produk ini turut menggunakan bahan semula jadi yang kaya dengan nutrisi.

Pembersihan Wajah Thermo

Apabila FOREO mula melancarkan peranti pencuci muka LUNA pada tahun 2013, ia mengubah cara membersihkan wajah buat selamanya. Tahun 2020 ini akan menyaksikan peningkatan dalam peranti pembersih wajah. Terima kasih kepada teknologi baru yang bakal memasuki pasaran. Peranti pembersih muka thermo akan memberikan pembersihan optimum yang sukar untuk ditiru secara manual. Haba lembut mencairkan kotoran jauh dari dalam liang pori sambil menghapuskan sebum yang terperangkap dan mengeluarkan kotoran, minyak dan bahan pencemar. Peranti pembersih wajah thermo ini antara trend yang pasti akan buat anda teruja.

CBD Beauty

Jangan terkejut, ganja adalah dadah yang diharamkan tetapi sekarang CBD atau lebih dikenali sebagai cannabidiol, ekstrak yang tidak memabukkan di loji hem. Ia telah dipuji sebagai jawapan kepada kesihatan. CBD ini mula menjadi trend dalam dunia kecantikan dikelilingi kontroversi dan turut mendapat perhatian sinis daripada masyarakat. Menurut Lisa Payne, Editor Kanan Kecantikan di pemburu trend global, Stylus, CBD tidak seperti ramuan lain, ia sebenarnya mempunyai manfaat dalam kecantikan luar dan dalaman serta kesihatan. CBD boleh digunakan untuk melegakan kesakitan, menenangkan, melembapkan dan menyuburkan. Tambahnya lagi, tiada bahan lain yang dapat memberikan keseimbangan luaran dan dalaman sama seperti CBD.

Skintech Yang Dikawal Aplikasi

Terima kasih kepada perkembangan terkini dalam skintech, penjagaan kulit benar-benar menjadi urusan peribadi. Dengan peranti kecantikan yang dikawal oleh aplikasi seperti peranti pelindung pintar UFO atau LUNA Mini 3 sebagai contoh, ia memudahkan proses pembersihan kulit wajah. Jenis peranti pintar ini menandakan era baru dalam penjagaan kulit yang membolehkan pengguna untuk menyelaraskan rutin penjagaan kulit melalui telefon pintar dengan gaya hidup dan keperluan mereka. Dengan peralihan ini, rumah kini menjadi ruang utama untuk inovasi di mana pengguna boleh menjalankan ritual penjagaan diri di persekitaran yang tenang dan selesa.

Squalane Menghalang Pencemaran

Jika anda inginkan kulit yang berseri dengan penjagaan yang dapat membantu melindungi kulit daripada pencemaran, squalane adalah bahan yang anda perlu tahu sebelum anda memasuki tahun 2020. Secara ringkasnya, squalane yang dihidrogenasi adalah sebum secara semula jadi dihasilkan oleh kulit. Ia sudah mula digunakan dalam pelbagai produk seperti Serum yang inovatif. Ia dapat memberikan lembapan dan melindungi kulit daripada radikal bebas. Secara tradisionalnya, squalane ini diambil dari minyak hati jerung namun kini ia mengambil sumber daripada tumbuhan seperti zaitun dan beras hancur.

Penjagaan Kulit ASMR

Tahun 2020 secara rasmi menjadi tahun untuk anda meningkatkan rutin penjagaan kulit dengan menggabungkan ASMR untuk memberikan ketenangan mental. ASMR (Autonomous Sensory Meridian Response) telah dilaporkan mempunyai sensasi yang menenangkan pada otak sebagai tambahan kepada rasa sensasi kepada tulang belakang dan kulit kepala sama seperti yang dirasakan apabila seseorang itu terdedah kepada bunyi tertentu. Cara ini turut digunakan oleh personaliti YouTube, Karuna Satori yang telah menemukan cara untuk rutin penjagaan wajah yang menyeronokkan dengan mendedahkan kesan euphorik yang dihasilkan oleh FOREO T-Sonic yang dipatenkan pada mental serta kulit.

Kecergasan Kulit

Selebriti termasuk Kim Kardashian dan J-Lo telah menggunakan senaman mikro wajah untuk membantu kulit mencapai kecergasan yang optimum. Mikrokrama adalah senaman yang merangsang dan menegangkan otot untuk wajah yang kelihatan lebih muda sama seperti ketika anda bersenam di gim. Melakukan rawatan wajah mungkin akan menelan belanja yang mahal tetapi kini anda boleh buat senaman di rumah. Dengan kemajuan teknologi pada tahun 2020, peranti microcurrent akan mendapat naik taraf yang hebat dengan rutin kecantikan yang sesuai dikawal oleh aplikasi dan kelayakan keselamatan turut dipertingkatkan.