6 Sebab Anda Perlu Berkunjung Ke Butik Adidas, Sunway Pyramid

Jom berkunjung ke butik terbesar Adidas di Sunway Pyramid.

Jenama kasut terkenal, Adidas telah membuka Pusat Jenama yang pertama di Sunway Pyramid. Ia adalah butik Adidas terbesar di Malaysia, mempamerkan konsep dan inovasi daripada jenama tersebut.

Dengan luas lebih daripada 1,328 meter persegi, Pusat Jenama Adidas yang terletak di LG1 ini mempamerkan semua rangkaian produk jenama itu di bawah satu bumbung. Ia adalah konsep runcit pertama di Malaysia, reka bentuk butik itu diilhamkan oleh gaya ‘stadium’ yang menggabungkan unsur tempatan seperti mercu tanda bandar ikonik dan warna kebudayaan sekali gus menyediakan ruang istimewa buat peminat sukan untuk meneroka inovasi produk terbaru Adidas.

Pengalaman dan Perkhidmatan Terbaik

Pusat Jenama Adidas itu mempunyai dua skrin LED bersaiz besar yang memenuhi ruang dari lantai ke siling. Dengan 23 skrin digital yang dipasang di dalam butik tersebut, jenama itu memaparkan video kempen terbarunya yang menampilkan pereka dan atlet tempatan yang berkaitan dengan pasaran jenama itu. Ini antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pusat Jenama tersebut:-

  • Pakar Kategori turut bersedia di dalam kedai untuk menyediakan pengguna dengan nasihat profesional dan konsultasi dalam memilih produk terbaik.

  • Lampu dan hiasan elemen kayu untuk dekorasi tempat latihan wanita dan juga ruang berlari. Satu ruang eksklusif untuk wanita yang pakaian dengan selamat dan kemudahan untuk pengguna, di mana pengguna boleh mendapatkan bantuan untuk menukar pakaian atau bertanyakan saiz bra dengan hanya menekan satu butang.

  • Kedai Cetak. Butik ini turut menyediakan khidmat cetak untuk pengguna menambah sentuhan peribadi mereka pada jersi pilihan.
  • Uji dan Reka– Ruang yang ditetapkan untuk pengguna menguji kasut yang betul sebelum membuat pembelian. Pengguna boleh mencuba kasut Adidas terkini di treadmill yang disediakan dengan simulasi larian di kawasan luar.

  • Kawasan The Originals yang luas mempamerkan beberapa koleksi klasik, Yeezy dan kolaborasi rekaan global.
  • Pusat Jenama ini juga akan menjadi hub untuk jenama itu memacu lebih banyak aktiviti bersama pengguna seperti acara larian wanita bulanan mengelilingi kejiranan Sunway City setiap Sabtu ketiga oleh pelari Adidas KL.