3 Sebab Honor MagicWatch 2 Pilihan Terbaik Untuk Anda

Canggih dan mudah digunakan!

Jenama telefon pintar global, HONOR secara rasminya melancarkan produk Honor MagicWatch 2. Jam inovatif ini membuktikan kecemerlangan produk Honor dengan hayat bateri yang mampu bertahan selama 14 hari yang didayakan oleh chipset Kirin A1, teknologi pemantauan kecergasan dan kesihatan serta dail jam yang boleh disesuaikan dengan cita rasa anda serta pilihan empat tali jam yang berbeza, sesuai dengan gaya belia global untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat dengan jam digital ini.

Ini tiga sebab utama mengapa jam tangan ini adalah pilihan terbaik untuk anda.

1) 15 Mod Senaman Yang Boleh Di Cuba

Untuk mengamalkan gaya hidup sihat yang lebih peribadi, pelbagai dan berkesan, jam tangan ini menyokong 15 mod senaman yang berasaskan matlamat termasuk lapan senaman yang boleh dilakukan di luar dan tujuh senaman dilakukan di dalam rumah atau sebagainya. Senaman mod luaran adalah seperti berjalan, mendaki, berbasikal dan triathlon sehingga ke berenang di kolam renang dalaman, latihan bebas dan mesin mendayung.

Selain 15 mod senaman, Honor MagicWatch 2 juga turut disokong dengan 13 kursus larian yang profesional yang sesuai bagi anda yang baru memulakan larian sehingga mereka yang sudah mahir dalam sukan ini, kursus yang ditawarkan jam tangan ini boleh dijadikan sebagai motivasi yang sempurna untuk pergi lebih jauh. Jam tangan digital ini turut dilengkapi dengan virtual pacesetter yang akan memberikan kepada anda untuk tingkatkan lagi usaha latihan mengikut kemampuan.

2) Pemantauan Kesihatan Yang Lebih Baik

Honor MagicWatch 2 turut mengubat cara penjagaan kesihatan dengan menggunakan tiga teknologi terkini untuk memperkenalkan nasihat dan maklumat kesihatan yang tepat dan pantas untuk membantu pengguna hidup lebih sihat dan meningkatkan kualiti hidup dalam pelbagai aspek.

Dilengkapi dengan tekonologi HUAWEI TruSleep™ 2.0, jam tangan ini dapat mengesan dan mendiagnosis enam jenis gangguan tidur yang biasa dialami dan memberikan lebih dairpada 200 cadangan yang disesuaikan dengan corak tidur anda untuk meningkatkan kualiti tidur. Selain itu, ia juga dapat mengesan tahap tekanan apabila anda merasa resah dan turut membantu mengurangkannya dengan cadangan latihan pernafasan yang disyorkan untuk mendapatkan ketenangan fikiran. Ini semua dibolehkan dengan sokongan teknologi HUAWEI TruRelax.

Dihidupkan dengan teknologi HUAWEI TruSeen™, HONOR MagicWatch 2 boleh mengawasi kadar jantung anda 24 jam dan menghantar amaran apabila ia berada di tahap yang melebihi atau kurang daripada paras normal. Dengan fungsi rintangan air sehingga 50 meter, MagicWatch 2 juga berfungsi dengan baik di bawah air untuk mengawasi kadar denyutan jantung dan mencatat skor SWOLF iaitu skor, jarak, kelajuan dan kalori yang terbakar. Kesemua data kesihatan peribadi boleh diselaraskan dengan telefon pintar dengan aplikasi HUAWEI Health untuk anda simpan rekod dan belajar mengenai kesihatan diri.

3) Ciri Pintar Yang Membantu Kehidupan Anda

The HONOR MagicWatch 2 ini membolehkan anda membuat atau menerima panggilan menerusi Bluetooth di mana sahaja melalui phone telinga atau dengan pembesar suara dan mikrofon yang dibina dalam jam tersebut meskipun anda berada dalam jarak 150 meter dari telefon. Ia juga menyokong sistem notifikasi daripada mesej, e-mel, kalendar dan semua kandungan akan dipaparkan pada skrin apabila HONOR MagicWatch 2 ini disambungkan ke telefon.

Aplikasi yang terbina dalam jam ini termasuk Weather, Alarm, Timer, Find My Phone dan banyak lagi yang boleh diakses dengan mudah. Jam ini juga menyediakan ruang penyimpanan sebanyak 4GB, yang 2GB boleh digunakan untuk menyimpan muzik yang membolehkan sehingga 500 lagu supaya anda dapat menikmati muzik kegemaran tanpa perlu membawa telefon.

Jam tangan istimewa ini dijual pada harga RM699 dan boleh didapati di hihonor.com.my, kedai Honor di seluruh negara dan kedai rasmi Honor di Shopee bermula 20 Disember 2019. The MagicWatch 246mm Flax Brown dan MagicWatch 242 mm akan tiba di pasaran tidak lama lagi.