Semangat Tahun Tikus Dalam Disney X dUCk!

Rona ceria mudah digayakan.

Sudah dilancarkan malam 27 Januari di laman maya FashionValet dan seperti kebanyakan produk keluaran dUCk, ianya antara yang laris sekelip mata.

Vivy Yusof menggayakan Optimistic.

Koleksi tudung Disney X dUCk ini adalah kolaborasi ketiga antara dua jenama ini.

“Pelancaran pertama kami lebih fokus kepada sisi artistik Disney dengan meraikan animasi yang dilukis tangan. Kali ini, dalam kolaborasi ketiga, kami mahu fokus pada elemen lebih menyeronokkan yang sentiasa dikaitkan dengan jenama (Disney) dan Mickey sendiri. Impak diberikan Mickey pada budaya pop dan seluruh dunia sukar disangkalkan, cukup mudah dikenali, dengan hanya melihat siluet kepala dan telinganya sahaja, anda sudah tahu itu adalah dia.

Serakan bentuk kepala Mickey dan tubuh dUCk menjadi corak yang harmoni.

“Dari dulu, kami mengkagumi cara (siluet) dipersembahkan secara halus, seronoknya mencari Mickey yang tersorok dalam filem, rancangan TV malah di taman tema Disney. Buat peminat Disney, ianya pengalaman yang cukup dekat di hati mereka, disebabkan itu membentuk aestetik edisi terhad Disney x dUCk ini amat penting,” kata The dUCK Group dalam satu kenyataan kepada Jelita.

Selain bermain dengan konsep Hidden Mickey, dUCk turut menambah satu lagi elemen penting Mickey. Warna cerah danĀ vibrant menetapkan tona pada rekaan, di mana setiap skarf disisipkan garis-luar lingkaran tumbuhan dikahwinkan dengan rona harmoni ini, lantas mencipta keseimbangan yang beralun lembut.

Gabungan hijau dan merah jambu untuk Lively.

Koleksi terbaru dan edisi terhad ini hadir dalam lapan corak (keduanya selendang dan empat segi). Nama setiap satu rekaan juga mewakili personaliti Mickey seperti Caring, Adventurous juga Mischieveous.

Anda boleh dapatkannya dengan harga RM300 di rangkaian kedai dUCk juga di FashionValet.

BACA JUGA: Stail Hijab Selebriti Yang Ikonik Anda Boleh Tiru