Baju Melayu Dan Baju Kurung Digayakan Oleh Go Ara, V Dari BTS Dan Selebriti Antarabangsa Lain

Selebriti antarabangsa yang kelihatan cantik dan segak menggayakan baju kurung dan baju melayu

Memang sudah menjadi satu kebanggaan apabila terdapat artis atau selebriti terkenal antarabangsa menggayakan busana tradisional Malaysia. Itu yang berlaku apabila pelakon terkenal Korea Selatan, Go Ara menggayakan gaun rona krim yang seakan menyerupai baju tradisional Malaysia iaitu Baju Kurung. Busana itu telah mendapat pujian daripada peminatnya terutama peminat daripada Malaysia yang mengenali busana tradisional tersebut.

Go Ara bukanlah satu-satunya artis Korea yang menggayakan busana tradisional Malaysia, pada May tahun lalu, penyanyi daripada kumpulan KPOP, BTS V atau Kim Tae Hyung telah dilihat dalam sebuah video di mana dia kelihatan sedang menari memakai busana baju melayu cekak musang. Busana itu telah dihantar oleh peminat sebagai hadiah kepada penyanyi itu pada tahun 2017.

Selain daripada Go Ara dan BTS V, ini ada beberapa artis antarabangsa yang telah menggayakan busana baju kurung dan baju melayu.

5 of 6

Ahn So Hee

Bekas anggota kumpulan wanita KPOP, Wonder Girls yang kini bergelar pelakon di Korea, Ahn So Hee atau lebih dikenali sebagai Sohee kelihatan memukau dengan persalinan baju kurung ketika dia mengadakan persembahan di Malaysia pada sekitar 2012. Netizen memuji keayuan Sohee mengenakan baju kurung rona merah dengan cetakan bunga yang berwarna-warni.

5 of 6

Ahn So Hee