Baju Melayu Dan Baju Kurung Digayakan Oleh Go Ara, V Dari BTS Dan Selebriti Antarabangsa Lain

Selebriti antarabangsa yang kelihatan cantik dan segak menggayakan baju kurung dan baju melayu

Memang sudah menjadi satu kebanggaan apabila terdapat artis atau selebriti terkenal antarabangsa menggayakan busana tradisional Malaysia. Itu yang berlaku apabila pelakon terkenal Korea Selatan, Go Ara menggayakan gaun rona krim yang seakan menyerupai baju tradisional Malaysia iaitu Baju Kurung. Busana itu telah mendapat pujian daripada peminatnya terutama peminat daripada Malaysia yang mengenali busana tradisional tersebut.

Go Ara bukanlah satu-satunya artis Korea yang menggayakan busana tradisional Malaysia, pada May tahun lalu, penyanyi daripada kumpulan KPOP, BTS V atau Kim Tae Hyung telah dilihat dalam sebuah video di mana dia kelihatan sedang menari memakai busana baju melayu cekak musang. Busana itu telah dihantar oleh peminat sebagai hadiah kepada penyanyi itu pada tahun 2017.

Selain daripada Go Ara dan BTS V, ini ada beberapa artis antarabangsa yang telah menggayakan busana baju kurung dan baju melayu.

4 of 6

Shahrukh Khan

Pelakon Bollywood yang dikenali ramai, Shahrukh Khan, turut dilihat mengenakan busana baju Melayu sewaktu istiadat penerimaan pangkat Datuk. Beliau merupakan pelakon India pertama yang menerima pangkat Datuk di Malaysia. Dia kelihatan segak dengan baju Melaju hitam dipadankan dengan sampin songket sekali dengan songkok.

4 of 6

Shahrukh Khan