Rias Wajah Sempurna Kala Lebaran

Maniskan wajah dengan solekan minimal agar ia kekal malar segar.

Kala menjelang Syawal sudah tentu riasan wajah amat penting agar dapat tampil segar sepanjang hari. Jelita syorkan anda menggunakan produk yang dikongsikan ini.

1 of 2

Seri Syawal

Maniskan wajah dengan solekan minimal agar ia kekal malar segar.

Untuk tampil cantik, tidak seharusnya mengenakan solekan tebal dan mampan. Apatah lagi bila Ramadan dan Syawal menjelma, anda sudah tentu mahukan rias terletak elok sepanjang hari.

Ringkas juga menawan! Pastikan anda miliki tiga produk cantik yang boleh didapatkan di rangkaian SaSa seluruh Malaysia ini.

SOLEKAN LENGKAP DENGAN LANGKAH…

LITUP – Banila Co Covericious Power Fit Cushion, RM139

Kompak kusyen dengan tiga ciri utama iaitu litupan penuh, tahan lama dan mudah digunakan. Mempunyai tekstur ringan dan halus, ia unggul untuk melindungi daripada cela seperti pori dan bintik kemerahan dengan hanya satu sapuan. Hadir dalam kemasan separa matte, ia tidak berminyak pada wajah untuk efek mulus dan segar sepanjang hari

LENTIK – Cyber Colors Curly Voluptuous Mascara, RM115

Pembayang mata sudah oles. Penggaris mata sudah dialit kemas. Apa lagi, sempurnakan riasan dengan melentik bulu mata agar mata terlihat lebih hidup dan bundar. Berusnya yang gebu membulat pada hujung buatkan aplikasi lebih mudah untuk bulu mata lebih panjang dan lebat.

WARNA – Color Combo Super Moist Lipstick, RM51.90

Dengan hanya satu warna, ia menyerikan keseluruhan kanvas solekan. Warnakan bibir dengan gincu berpigmen tinggi yang dirumus dengan shea butter ini untuk bibir yang lebih mekar dan lembap! Rona merah pula sentiasa menjadi pilihan untuk efek lebih berani dan anggun.

1 of 2