Refleksi Memori Kembara Percutian

Roscani hadir mempertontonkan tiga koleksi terbaru jam tangan buat pelengkap persalinan lebaran ini.

Dibingkis menerusi memori percutian musim panas, Roscani hadir mempertontonkan tiga koleksi terbaru jam tangan buat pelengkap persalinan lebaran ini.

E35 Sail

Buat pemuja jenama Roscani, tiga koleksi terbaru dibentangkan bermula pertengahan tahun 2020. Koleksi ini digarap sempena keindahan memori serta detik percutian musim panas. Susuk rekaannya diolah menjunjung nadi matahari, cangkerang siput laut serta pelayaran. Sekali gus, ia dipersembahkan dengan lima rona berbeza buat menjadi pelengkap persalinan lebaran ini. Harga setiap satunya bermula RM358 sehingga RM482, bergantung kepada warna serta runut rekaannya.

E33 Seashell

Setiap perincian yang diolah pada laman dail membayangi inspirasinya. Termasuk rekaan rotor yang tampil diolah unik lalu dipasangkan dari pusat dail berserta jarum jam. Roscani menamakan mekanisme berputar ini ‘Unwind’ di mana, susuk rangka rotor ini berputar acap kali jam yang melingkari pergelangan tangan ini bergoyang. Lantas, ia membingkis efek langsung menenangkan setiap lirikan pandangan yang berlabuh padanya kerana setiap perincian dailnya bertatahkan kristal.

E34 Sun

Jam tangan koleksi E33 Seashell dan E35 Sail hadir berdiameter 34mm. Kedua-duanya diolah dengan lingkaran bezel kristal, manakala koleksi E34 Sun pula diperkemaskan dengan potongan bersudut diameter jam 33mm x 33mm. Setiap jam ini diperbuat daripada keluli tahan karat lantas disempurnakan bertali gelang keluli dalam rona yang sepadan. Ketebalan case jam hanya 11mm lantas melindungi nadi kuarza buatan Jepun. Kesemua jam tangan ini hadir dengan satu tahun waranti sementara itu kalis air sehingga kedalaman 30 meter. Terjual di 300 rangkaian runcit Roscani di seluruh negara, layari roscani.com bagi mencari butik berhampiran anda.

Artikel ini disiarkan sempena Istimewa Roscani