Pereka Fesyen Tempatan Bersatu Perangi Pandemik #Covid19

Anda juga boleh mainkan peranan!
1 of 3

Enggan berdiam diri dan melihat saja, barisan pereka tempatan bangkit memberi sumbangan demi memudahkan tugasan barisan depan kesihatan yang sedang melawan Covid-19.

Dipimpin oleh Melinda Looi selaku presiden Malaysian Official Designer’s Association (Moda), sebuah tabung dana dilancarkan untuk membeli lebih banyak bekalan sut perlindungan diri (PPE) buat keperluan jururawat serta petugas barisan hadapan di hospital dengan kerjasama FashionValet dan Imaret.

Projek khas ini ditubuhkan bertujuan untuk membeli kain gaun hospital dan keperluan PPE lain termasuk sarung tangan lateks, penutup kepala dan kasut buat petugas barisan hadapan penjagaan kesihatan.

Kempen yang pada mulanya bertujuan untuk menjadi projek swasta di kalangan pereka fesyen di Moda kini berkembang di luar persatuan. Khoon Hooi, Celest Thoi, Alia Bastamam, Innai Red, Salikin Sidek, Datuk Radzuan Radziwill, MimpiKita, Fizi Woo, Qudyn dan ramai lagi jenama pereka fesyen tempatan yang lain menggunakan kemahiran mereka untuk membantu menjahit gaun hospital yang akan diedarkan Imaret ke rangkaian hospital yang terlibat.

 

Pereka fesyen terkenal Khoon Hooi bertungkus-lumus menjahit gaun hospital.

1 of 3