Perawatan Spa Mewah Di Rumah

Dengan gajet cantik ini, anda boleh dapatkan rawatan spa di rumah.

Bersediakah anda untuk melihat kulit yang lebih licin, anjal serta lebih segar dari rambut ke hujung kaki?

Tidak perlu susah-susah gosok tudung dan baju, tidak perlu pandu kemudian mencari tempat letak kereta yang kosong jika anda memiliki Nu Skin ageLOC Galvanic Spa. Gajet kecantikan yang membolehkan anda memanjakan diri di rumah ini menggunakan arus galvani yang merangsang serta mempercepatkan kesan perawatan yang terbukti secara klinikal untuk penampilan wajah, rambut serta tubuh yang lebih segar dan berseri.

Berkuasa walaupun kecil, ageLOC Galvanic Spa menggunakan teknologi galvani yang pintar menyesuaikan arus tertentu untuk bahagian wajah, tubuh atau rambut dengan mengaktifkan bahan kandungan ageLOC bila anda memerlukannya. Ia menampilkan empat konduktor yang boleh ditukar ganti: Konduktor Wajah, Konduktor Rawatan Setempat, Konduktor Kulit Kepala dan Konduktor Tubuh. Apabila digandingkan dengan produk ageLOC, teknologi pintar segera menyesuaikan diri dengan kulit anda sebaik memulakan perawatan.

Nu Skin ageLOC Galvanic Spa Facial Gels: Bahan kandungan diserap sehingga lima kali lebih efektif untuk kulit yang terasa segar, terhidrat serta lembut.

Nu Skin ageLOCĀ® NutriolĀ® Intensive Scalp & Hair Serum: Menawarkan manfaat nutrien segera pada rambut sehingga ke akarnya.

Berdasarkan ujian klinikal selama lapan minggu Tru Face Line Corrector apabila digunakan dengan gajet ageLOC Galvanic Spa menunjukkan hasil pembaikan dalam keserian juga pengurangan garis halus yang lebih jelas berbanding menggunakannya sendirian.

Gajet kecantikan ini juga serasi digunakan dengan produk ageLOC Body Shaping Gel, ageLOC Galvanic Spa PowerMask dan ageLOC Galvanic Spa EnergEyes.

Rekabentuk yang kecil serta kemas dalam genggaman tangan, sesi spa di rumah anda bermula dengan satu sentuhan butang sahaja.

Artikel ini disiarkan sempena Istimewa Nu Skin.