Pantau Kesihatan Dengan Hybrid HR Fossil

Bukan hanya sekadar jam tangan biasa!

Fossil kini telah menambah koleksi terbaru, Hybrid HR pada rangkaian jam tangan pintarnya. Peranti baru ini dilengkapi dengan pemantau berterusan dan pengesanan kadar jantung serta bateri yang boleh bertahan selama dua minggu dan lebih.

Tambahan baru pada kategori jam tangan pintar hybrid ini menawarkan pengguna maklumat penting dengan hanya sekilas pandang dengan penambahan pengesanan kadar jantung. Terima kasih kepada paparan kuasa yang lebih efisien, pengguna boleh melihat perkembangan terkini tentang hari mereka sambil menikmati rekaan tradisional jam tangan tersebut.

Menampilkan ciri panggilan, teks, kadar denyutan dan pengesanan latihan, cuaca dan banyak lagi membolehkan pengguna melakukan semuanya melalui jam tangan pintar dengan lebih daripada dua minggu hayat bateri dengan sekali pengecasan.

FSL3407492

Menggabungkan Reka Bentuk Analog Dengan Sambungan Pintar

Hybrid HR menawarkan ciri yang menarik untuk pengguna antaranya:

Reka Bentuk Inovatif: Menggabungkan jam tangan mekanikal dengan paparan bulat dinamik untuk melihat mesej dan makluman aplikasi serta maklumat kontekstual seperti kemas kini cuaca, zon waktu kedua dan banyak lagi.

Penjejakan Terperinci: Memaparkan statistik kesihatan seperti kadar denyutan jantung, langkah yang diambil, kalori dan masa aktif, juga membolehkan pengguna menyimpan data latihan, menjejaki masa tidur dan mengukur kemajuan sepanjang masa.

Hayat Bateri Yang Panjang: Dengan semua ciri diaktifkan, Hybrid HR boleh bertahan selama dua minggu atau lebih dengan sekali caj.

Ciri lain termasuklah:

  • Sesuai dengan iPhone 5 dan iOS10 + dan AndroidTM OS 5.0+
  • Mod latihan
  • Auto-masa
  • Zon waktu kedua
  • Kawalan muzik
  • Notifikasi aplikasi
  • Cuaca
  • Penggera
  • Jam randik
  • Pemasa
  • Lampu hadapan untuk suasana gelap
  • Kalis air
  • Accelerometer
  • Pengecasan cepat (60 minit hingga 100 peratus)
  • Sambungan Bluetooth®

Kesemua peranti Hybrid HR ini mempunyai pilihan tanpa had untuk jam tangan yang lebih peribadi termasuk tali jam yang boleh dipilih antara kulit, silikon atau keluli tahan karat. Dijual pada harga bermula RM969.

Bijou Karman x Fossil

Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia, Fossil tampil dengan koleksi kapsul jam tangan, barang kemas dan beg tote edisi terhad yang memaparkan seni oleh ilustrator terkenal, Bijou Karman.

Dikenali untuk potret wanita yang unik dan cintanya akan warna dan reka bentuk yang berani, rekaan Bijou diilhamkan oleh wanita dari seluruh dunia. Ilustrasi eksklusif yang  dilihat dalam koleksi ini adalah ilham daripada fesyen, nostalgia dan kepelbagaian yang ditemuinya semasa menetap di Los Angeles, dengan setiap wanita mewakili pelbagai idea mengenai kecantikan dan reka bentuk.

Koleksi ini menawarkan empat rekaan jam tangan, dua anting-anting dan dua beg tote, setiap satu item diletakkan nombor dan dibungkus dalam tin eksklusif.  Koleksi ini boleh didapati di kedai Fossil terpilih dan fossil.com untuk masa terhad bermula awal Mac.

25 peratus daripada kutipan jualan koleksi ini akan diberikan kepada Girl Rising untuk membantu usaha global mereka yang berterusan. Fossil berbangga kerana dapat bekerjasama dengan organisasi ini sebagai sebahagian daripada komitmen #MakeTimeForGod dan memperbaiki kehidupan wanita di seluruh dunia.