Pakaian Dalam Tanpa Tulang & Dawai Untuk Keselesaan Sepanjang Hari

Seperti tidak menyarung pakaian dalam....

Sloggi memperkenalkan set pakaian dalam tanpa dawai, tulang atau apa-apa lapisan kain lain yang memberi keselesaan maksima! Coli Zero Feel ini menggunakan teknologi viscomagic yang begitu versatil serta menyokong payudara dan selesa untuk pemakaian sepanjang hari.

Coli ini akan melekap mengikut bentuk tubuh anda, jadi anda tidak perlu bersusah payah melaras tali setiap kali memakainya. Ia hadir dengan material yang lembut dan anda tidak akan mengalami sebarang ‘gigitan’ daripada dawai besi pada bahagian tengah atau tepi payudara. Mangkuk coli Sloggi juga melekap rapi menutupi keseluruhan payudara, sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai saiz payudara yang lebih besar.

Tidak perlu khuatir apabila anda menggayakan persalinan yang menampakkan pinggul! Seluar dalam Sloggi Zero Feel dan S by Sloggi Symmetry Holiday tanpa tulang ini membuatkan anda lebih yakin untuk menyarung apa jua persalinan. Ia tidak akan menampakkan garis atau tulang seluar dalam terutamanya apabila anda menyarung dress, baju kurung, skirt dan juga seluar skinny seperti leggings dan jeggings. Selain itu, tuala wanita juga mudah melekat dengan baik pada seluar dalam, memberi keselesaan seharian tanpa perlu khuatir tentang masalah kebocoran ketika datang bulan.

Lihat juga : Yang Selesa Untuk ‘Kembar’ Anda 

3 of 3

3 of 3