LIMA TRIK SOLEKAN SISLEY COSMETICS MESTI DICUBA!

Helah mudah untuk solekan memukau

Ketika mengaplikasikan solekan, anda harus tahu tip dan trik yang betul agar solekan yang dibina terletak betul pada tempatnya untuk efek solekan yang cantik berseri sepanjang hari.

Berikut ialah lima tip dan trik solekan yang telah dikongsikan Pascal Capitaine yang juga jurusolek profesional bagi Sisley Cosmetics Perancis secara eksklusif bersama Jelita

Soalan :  Bagaimanakah ingin memastikan sesuatu solekan itu tahan lama pada wajah? 

Sebelum sapukan bedak asas, pastikan wajah mendapat khasiat dan kelembapan yang sepatutnya dengan menggunakan serum. Kemudian, barulah sapukan primer. Penggunaan primer sangat penting kerana ia mempunyai tekstur yang lebih ringan dan halus bagi mengelakkan solekan bercapuk dan berbelak. Akhir sekali, setkan solekan anda dengan semburan sebagai pengunci solekan.

Soalan : Apakah dua warna gincu yang sentiasa sesuai untuk semua jenis solekan? 

Merah cili dan warna gelap seperti merah plum dan beri. Warna merah cili sesuai untuk solekan pada waktu siang, manakala olesan gincu berona gelap sesuai untuk solekan yang lebih bold pada waktu malam.

Soalan: Apakah trik untuk memastikan olesan gincu sentiasa kekal dan melekat pada bibir? 

Sapukan sedikit bedak ataupun primer pada bibir sebelum aplikasi lipstik. Selain itu, jika ingin memastikan bibir kekal lembap, anda disarankan untuk menyapukan pelembap bibir terlebih dahulu.

Soalan: Boleh kongsikan teknik tepat untuk aplikasi pemerah pipi? 

Ramai yang kurang pasti di manakah kedudukan pemerah pipi yang sepatutnya. Ini kerana ramai yang keliru dengan aplikasi highlighter. Untuk lebih mudah, buka jari anda dan buat bentuk V bermula daripada hujung dahi hingga ke bawah hujung ekor mata. Di mana jari anda berakhir, di situlah titik lokasi untuk sapuan pemerah pipi.

Soalan: Apakah kesilapan yang sering dilakukan ketika merias wajah? 

Kesalahan yang tanpa kita sedari iaitu, meletakkan terlalu banyak produk. Terutamanya bedak asas. Less is more. Hanya perlukan sentuhan solekan  natural untuk menyerlahkan kecantikan asli wajah anda. Cukup dengan sapuan bedak, sikat rapi kening,  pembayang mata dan olesan gincu.