Koleksi Lubna Raya 2020 Kini Di Zalora

Tawarkan siluet lebih sederhana.

Nikmatinya dengan penuh keperibadian menjelang Hari Raya.

Destinasi fesyen dalam talian, Zalora kini menampilkan koleksi Raya 2020 terbaru dengan label pakaian sederhana dan eksklusif iaitu Lubna, khas untuk semua lapisan komuniti. Koleksi yang diciptakan ini dikatakan mampu membuatkan anda tampil dengan penuh bergaya sewaktu lebaran yang bakal tiba. Ia bukan sahaja menggambarkan aspek-aspek tradisional Raya, malah turut dibawa ke dalam mini filem fesyen.

Tampil dengan 565 reka bentuk untuk wanita, termasuk 67 siluet Lubna Curve.

Manakala, koleksi Lubna Homme lelaki pula didatangi dengan 72 reka bentuk yang berbeza.

Koleksi Lubna Raya 2020 turut mendapat inspirasi daripada seni menekan bunga. Proses menekan bunga ini memerlukan sentuhan yang halus dan teliti bagi memastikan keindahan bunga terpelihara.

Unsur-unsur menekan bunga ini juga boleh dilihat dalam kepelbagaian kain bertekstur, malah setiap koleksi dihiasi dengan bunga applique. Baju kurung tradisional dan kebaya silhouette turut menampilkan sentuhan moden, warna pastel lembut dan warna-warna yang cerah. Bagi anda yang ingin tampak menonjol menjelang raya pasti akan memilih gaya Lubna yang penuh dengan hiasan manik pada baju. Baju Melayu klasik dengan corak grafik dan warna yang mewah juga turut disediakan, khas untuk lelaki yang ingin tampak moden dan berfesyen.

Jadi, jangan lupa dapatkan koleksi Lubna Raya 2020 secara eksklusif di www.zalora.com.my dengan harga yang berpatutan dan pelbagai jenis cetakan meriah khas untuk anda yang ingin tampak bergaya menjelang hari raya.

Baca juga: Tip Gayakan Cetakan Checkered