Kisah Di Sebalik Koleksi Hanya Resort 2019

Seorang daripada wajah kempen ini ada ADHD.

Bila sesuatu produk lahir dengan kisah yang mendalam bersama mesej padu, ia tidak lagi kelihatan lopong dan sepi.

Leagha McMahon

Begitu juga yang cuba diketengahkan kempen bagi koleksi Hanya Resort 2019 dengan tanda pagar #SheKnowsHerPlace yang melaungkan motif hak memiliki peribadi tersendiri.

Dalam kempen terbaru jenama buatan Malaysia ini, ia mengetengahkan cerita tiga jeitawan yang mungkin anda kenali, setiap seorang daripadanya adalah wanita Alpha.

WAJAH WANITA SEBENAR

Didahului dengan Sharifah Sakinah, aktres dan penggiat kecergasan yang sedia maklum lantang dengan pendiriannya. Dia cukup mempertahankan cara wanita dress-to-express hinggalah ke imej tubuh yang positif. Pada masa sama, aktres ini turut mendedahkan yang dia mempunyai ADHD dan Dyslexia tahap sederhana. Bagi mengendalikan keadaan dirinya, Sakinah memvokalkan dan mencari ‘penawar’ menerusi senaman dan menu pemakanan yang betul.

Sharifah Sakinah

Di samping itu, Yana Baharudin yang selama 12 tahun berada dalam dunia penerbitan memfokus kepada fesyen baru sahaja ‘bersara’ sebagai timbalan editor majalah Glam. Menebarkan inspirasi menerusi cara dia mengimbangi kerjaya dan hidup sebagai ibu dua anak kecil.

Yana Baharudin

Wanita ketiga yang diraikan menerusi kempen #SheKnowsHerPlace ini adalah Leagha McMahon berketurunan Irish dan Jamaican dan dia adalah jurulatih di FlyProject. Dia wanita yang akan melakukan apa diingini biarpun berdepan pelbagai cabaran dengan sikap positif agar ia dapat memberi inspirasi buat wanita lain di sekelilingnya.

GAYA UNTUK SEMUA

Menurut siaran media Hanya yang diasaskan bersama, Veen Dee: “Kempen ini juga sebagai peringatan buat wanita yang #SheKnowsHerPlace. Biarpun ‘dihiasi’ dengan parut perjuangan yang tidak kelihatan, wanita hari ini terus berjuang dalam apa jua kategori hidup. Wanita mengekspresi diri dalam apa jua cara yang dia senangi. Wanita tidak perlu dihalang. Wanita berada di sini, dengan selayaknya.”

Koleksi Hanya Resort 2019 ini mengilustrasi helaian yang boleh dilapisi dan dibina dalam rona bumi dan neutral. Tetap dengan signatur rekaan Hanya, ia menumpukan pada perincian lengan baju dan siluet untuk apa jua saiz, juga untuk wanita hamil.

Koleksi ini dijual antara harga RM159 untuk top berlengan puffy sehingga harga RM369 untuk dress yang direka anggun. Anda boleh dapatkannya di shophanya atau di Robinsons, The Gardens Mall.

 

BACA JUGA: Tip Gayakan Cetakan Jalur

Elist Top in Gold

Elis Top in Champagne