Jennifer Lopez Kini Wajah Baru Coach Seluruh Dunia!

Kenapa JLo jadi pilihan?

Coach mengumumkan pemenang anugerah pelakon, penyanyi, penerbit dan penghibur, Jennifer Lopez sebagai wajah baru global jenama Coach. Kerjasama Jennifer Lopez dengan rumah fesyen ini akan meliputi kesemua kempen untuk barangan kulit, ready-to-wear dan kasut bermula musim bunga 2020 ini.

Jennifer Lopez, seorang bintang yang telah membina kerjayanya dan menetapkan semula piawaian industri dengan memupuk jalannya sendiri dan melakukan sesuatu dengan cara sendiri bermula di New York. Sama seperti rumah fesyen ini yang diasaskan di New York 78 tahun yang lalu, dia berkongsi keyakinan terhadap sebarang kemungkinan dan ekspresi diri yang tulen. Coach hari ini dikenali sebagai legasi hasil tangan kulit, kualiti dan gaya New York sebagai jenama yang optimis serta asli.

“Saya sangat teruja dengan kerjasama bersama Coach,” kata Jennifer. “Ia adalah satu jenama yang abadi pada saya kerana saya sentiasa menjadi peminat dan koleksi yang akan datang selari dengan gaya peribadi saya iaitu campuran kehidupan di bandar dan pinggir bandar.”

Imej: ©2019 Benjamin Rosser/BFA

“Jennifer seorang yang autentik. Dia seorang yang berazam dan asli, dia mahu melakukan sesuatu perkara dengan caranya yang tersendiri. Dia benar-benar merangkumi keperibadian Coach dan kempen baru kami,” kata Pengarah Kreatif Coach, Stuart Vevers. “Saya suka apabila Jennifer menggayakan beg tangan Coach Signature dalam videonya All I Have pada 2002. Lagipun, dia berasal dari New York seperti Coach, yang melahirkan hubungan yang autentik dengan warisan jenama ini dan saya sangat teruja untuk membawa Jennifer dan Juergen Teller bersama.”