Inilah Rahsia Kulit Wajah Lebih Mulus!

One By Kosé solusi terbaik untuk kulit anda.

Untuk pertama kalinya di Jepun, Kosé dan Universiti Sekolah Perubatan Kurume telah bekerjasama dalam menjalankan kajian untuk wanita mendapatkan kulit wajah yang lebih mulus.

Mereka telah melakukan analisis pada pembentukan bintik gelap untuk mempelajari bagaimana untuk menghentikan melanin yang tidak diingini pada sumbernya dengan mengkaji pemindahan melanosomes dari melanosit hingga ke sel epidermis. Hasilnya adalah rangkaian penjagaan kulit, One By Kosé, yang menghapuskan bintik hitam pada sumbernya dengan menggunakan empat bahan yang kuat dan unik, bertindak secara langsung di kawasan dalam kulit yang menghasilkan pigmentasi.

Selain itu, ia juga menghalang konsetrasi melanin daripada menjadi gelap dan buat kulit bersinar pada saat anda menggunakannya pada kulit wajah.

Empat Bahan Hebat Dalam Satu Botol

Ekstrak Quince China – Untuk menyekat pengaktifan melanocyte dengan melemahkan isyarat untuk mencipta melanin, mencegah sel epidermis daripada menerima jumlah melanin yang banyak.

Resveratrol – Antioksidan yang berkesan meminimumkan pengeluaran melanin dengan mengurangkan tahap tyrosinase dalam kulit, sekali gus menyusutkan bintik hitam dan mengurangkan tahap melanin.

Ekstrak Meshimakobu – Sejenis kulat yang terbukti berkesan pada bintik gelap dan telah digunakan sejak zaman dahulu kala di Jepun. Mengurangkan tyrosinase dan menghalang pematangan melanosomes, mencegah pengeluaran jenis empat melanosomes secara berlebihan.

Asid Kojik – Ejen pencerahan yang boleh dipercayai selama 32 tahun sehingga sekarang. Berkesan pada melanosits secara langsung dengan menangkap ion tembaga yang mengaktifkan tyrosinase dan berkesan menghalang pengeluaran melanin yang berlebihan.

Berbanding ejen pencerahan yang lain, asid kojik mempunyai berat molekul yang paling rendah membenarkannya menembusi ke dalam kulit dengan kadar segera untuk tindakan menghapuskan bintik gelap hampir serupa atau lebih berkesan daripada ejen pemutihan popular yang digunakan oleh doktor untuk mendapatkan kesan yang sama selepas rawatan laser.

Ciri Terbaik Produk One by Kosé

Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit- Tekstur serum ini mudah menembusi pelbagai jenis kulit termasuk kulit kering, kulit rosak akibat sinaran matahari dengan kadar segera, membenarkan formula untuk tersebar dengan mudah di keseluruhan kulit anda.

Penjagaan Kulit Yang Mudah Dan Cepat –Kulit kelihatan lembut dan berseri dengan segera selepas penggunaan. Kulit lebih licin dan telus selepas setiap penggunaan.

Menghapuskan Bintik Gelap Pada Sumbernya- Empat bahan hebat dan unik terkandung dalam serum ini akan mengambil tindakan langsung pada sumbernya untuk mengurangkan pengeluaran melanin pada akar, mencegah pigmentasi kulit yang tidak diingini.

Satu botol 40ml One By Kosé boleh didapati pada harga RM208.