Himpunan jam tangan pintar dengan pelbagai fungsi

Aksesori jam tangan pintar sesuai untuk semua!

Trend jam tangan pintar kian mendapat sambutan tinggi di kalangan orang ramai terutama yang mengamalkan gaya hidup aktif. Kempen gaya hidup sihat di Malaysia memberi kesedaran yang baik kepada rakyat dimana rakyat kini mula mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersukan, menjaga pemakanan dan banyak lagi aktiviti lain. Malah ia menjadi kesukaan ramai tanpa mengira peringkat usia kerana begitu mudah untuk mengesan pelbagai jenis aktiviti harian yang kita jalankan dari celik mata hingga ke waktu tidur.

Jam tangan pintar hadir dalam pelbagai rona yang sesuai buat wanita dan lelaki serta mempunyai pelbagai fungsi yang berteknologi tinggi! Reka bentuk jam tangan pintar juga sesuai digayakan untuk dengan apa jua persalinan yang anda sarungkan. Namun, ia tidak terlalu maskulin buat wanita untuk dijadikan aksesori tangan! Jelita kongsikan beberapa jenama jam tangan pintar terkini buat anda

1 of 3

Garmin memperkenalkan jam tangan pintar GPS terbaharu iaitu Garmin Venu yang hadir dengan skrin AMOLED, pengesan kesihatan meluas dan jangka hayat bateri tahan lebih dari lima hari. Jam tangan pintar ini sesuai untuk Styling, Sweating dan Repeating dalam apa jua aktiviti. Ia juga begitu canggih kerana boleh mendengar lagu tanpa telefon bimbit anda, mempunyai pengesan haid buat wanita san boleh mengesan insiden yang berbahaya. Selain itu, rona jam tangan pintar ini sesuai juga digayakan untuk berfesyen dari waktu pejabat hingga hari santai.

1 of 3