Tip Padanan Blazer Bercorak

Serlahkan gaya anggun anda dengan blazer!

Blazer antara item fesyen wajib ada dalam gerobok gaya anda jika inginkan penampilan sofistikasi. Untuk tampil yakin dan anggun, Jelita kongsikan tiga tip mudah untuk memadankan blazer bercorak.

blazer bercorak

  • Sekiranya corak blazer berlatarkan warna gelap, lebih padan jika ia digayakan bersama denim gelap atau seluar hitam.
  • Jika blazer tersebut berwarna garang atau terang, adunkan ia dengan seluar atau skirt putih untuk hasil lebih segar.
  • Pastikan anda memilih rona sekawan jika mahu menyuai padan blazer dengan skirt atau seluar rona berbeza.
Sumber Gambar: Depositphotos

Baca Juga: Basuh Jaket Kesayangan Anda Di Rumah