Tip Menggayakan Top Leher Kekura

Sesuai untuk gaya formal dan juga kasual.

Menggayakan top leher kekura atau turtleneck bukanlah satu perkara yang sukar untuk dilakukan. Jika anda ikut tip yang Jelita kongsikan ini, anda boleh tampil lebih bergaya dan elegan dengan baju jenis ini. Perkara paling penting yang anda perlu ingat adalah kena sentiasa yakin dengan gaya anda sendiri.

Gambar: Depositphotos

  1. Elakkan memakai rantai berbentuk U ketika memakai top ini kerana ia akan membuatkan penampilan anda terlalu sarat.
  2. Top sebegini lazimnya ketat. Justeru, sarungkan kot atau blazer sekiranya mahu tampak lebih santun.
  3. Ingin meraih ilusi langsing, gayakan top leher kekura berwarna hitam.
  4. Anda juga boleh padankan top ini dengan busana overall. Gaya ini juga sesuai buat gadis yang berhijab.
  5. Untuk gaya yang lebih profesional, anda boleh padankan top ini dengan skirt. Lengkapkan penampilan dengan tali pinggang.
  6. Tampil lebih tinggi daripada biasa dengan memadankan busana ini dengan seluar berpotongan but.