6 Tip Gayakan Sandal Tapak Rata

Elak gayakan kasut ini dengan seluar labuh!

Menggayakan sandal tapak rata atau flats mungkin tidak sehebat mengenakan kasut tumit tinggi tetapi dengan teknik yang betul, anda boleh tampil anggun dengan kasut jenis ini.

Jelita kongsikan tip menggayakan sandal tapak rata untuk anda cuba.

  1. Jika anda sudah lama tidak membeli kasut, dapatkan ukuran kaki di kedai kasut. Saiz kaki berubah seiring dengan peningkatan usia dan sudah tentu anda tidak mahu membeli kasut yang terlalu kecil atau terlalu besar.
  2. Sandal tapak rata direka dalam ketinggian berbeza, ada yang di bawah pergelangan kaki, ada juga di atas pergelangan kaki. Penting untuk anda tahu jenis sandal agar boleh digayakan dengan busana yang dipilih.
  3. Pastikan ukuran seluar anda tidak melebihi paras buku lali. Seluar yang labuh akan membuatkan anda kelihatan lebih rendah.
  4. Jika seluar atau skirt anda berona tanah, tambah seri dengan memilih sandal warna terang untuk gaya yang lebih menarik.
  5. Untuk hasil lebih feminin, pilih sandal yang diperbuat daripada fabrik suede atau satin.
  6. Berikan kontras pada penampilan dengan memadankan busana mewah bersama kasut rekaan ringkas dan sebaliknya.
Sumber Gambar: Depositphotos