Tip Menggayakan Persalinan Checkered

Barulah nampak bergaya!

Busana dengan corak petak atau checkered ini adalah antara gaya yang paling klasik. Bagaimanapun, tanpa teknik yang betul, ia boleh membuatkan anda kelihatan kolot. Jadi, jika ingin tampil bergaya dengan persalinan checkered, cuba tip yang Jelita kongsikan ini.

checkered

  • ┬áJika anda gemar gaya bersahaja, padukan skirt atau seluar checkered ini bersama top kosong warna gelap. Coraknya mampu memberikan imbuhan buat keseluruhan penampilan anda.
  • Inginkan elemen unik? Tiada masalah. Pilih seluar atau top yang mempunyai corak yang sama, namun natar yang berbeza. Pasti bertenaga.
  • Motif seperti ini sebenarnya boleh dipakai untuk acara formal atau kasul, paling penting gayakan ia dengan keyakinan.
Sumber Gambar: Freepik