Tip Gayakan Cetakan Jalur

Tambahkan seri dengan busana jalur.

Busana dengan motif jalur mungkin agak sukar digayakan sesetengah wanita tetapi ia tidak mustahil. Dengan cara yang betul, sesiapa sahaja boleh tampil bergaya. Jelita kongsikan tip untuk gayakan cetakan ini.

  1. Padankan dengan pola lain seperti cetakan flora atau harimau dengan memilih rona sama bagi melengkapi satu sama lain. Inilah masanya untuk anda sarungkan dua cetakan berbeza dalam satu persalinan.
  2. Jika anda mempunyai kaki yang pendek atau kecil, maka seluar jalur menegak boleh memberi ilusi kaki lebih panjang. Padanan palazo jalur sangat sesuai digayakan dengan sepatu tinggi.
  3. Bimbang jalur mendatar akan memberi ilusi lebar pada tubuh? Sarung blazer atau kardigan panjang rona blok atau neutral sebagai lapisan luar.
  4. Pilih jalur serong sekiranya tidak pasti jalur mana yang sesuai dengan bentuk tubuh anda. Ia dapat mengaburi mata daripada bahagian susuk yang tidak digemari.
  5. Aksesori jalur kini bukan hanya dalam satu rona! Lengkapkan persalinan polos dengan aksesori jalur seperti kasut dan anting-anting bagi mencerikan lagi gaya anda.
Sumber Gambar: Depositphotos