Tip Gayakan Baju Bersaiz Besar

Siapa kata baju besar tidak bergaya?

Perkara penting perlu diingati ketika membeli pakaian adalah memastikan saiz yang betul. Tetapi apa yang perlu dilakukan jika anda membeli baju yang lebih besar daripada tubuh? Jika itu berlaku, apa yang perlu anda buat adalah jangan buang baju tersebut. Dengan tip dan teknik yang betul, anda boleh tampil bergaya dengan baju bersaiz besar atau longgar seperti yang Jelita kongsikan ini.

  • Tidak perlu membazir dengan membeli baju saiz lain! Padankan baju bersaiz longgar atau besar dengan seluar jeans ketat atau leggings ala artis Korea.
  • Jangan khuatir, saiz baju yang lebih besar daripada tubuh anda juga dapat memberi ilusi kurus! Anda boleh selit masuk bahagian depan atau belah tepi ke dalam seluar. Selain itu, ikat kardigan pada bahagian pinggang untuk tampil berbeza.
  • Anda penggemar seluar longgar? Lengkapkan gaya anda dengan kasut tumit tinggi atau but tinggi agar dapat memberi ilusi kaki lebih panjang.
  • Jika anda suka gayakan dress kembang, pakai tali pinggang atau beg pinggang untuk tampak lebih ramping.
Gambar: Depositphotos