Tip Mencuci Pakaian Dalam Agar Tahan Lama

Hanya perlukan tiga langkah sahaja!

Sama seperti busana, pakaian dalam juga perlu penjagaan yang betul agar ia boleh dipakai lama.

baju dalam

Berikut adalah tip mudah untuk mencuci coli anda.

  • Seeloknya guna beg jaring khas untuk membersihkan pakaian dalam jika menggunakan mesin basuh.
  • Untuk kaedah basuhan tangan, rendam coli dalam bancuhan air suam dan sabun untuk beberapa jam. Tidak perlu menggunakan berus, sebaliknya gunakan air bersih.
  • Untuk coli tanpa span, elakkan merendam terlalu lama kerana sabun mempunyai sifat tajam yang boleh menghakis fabrik nipis.

Baca Juga: 3 Langkah Mudah Pemakaian Coli Yang Betul

Sumber Gambar: Depositphotos