Tiada Lagi Sakit Badan, Ini 5 Tip Memilih Beg Yang Sesuai

Anda akan rasa lebih selesa!

Beg bukan hanya cantik dan bermanfaat, pemilihan beg yang salah boleh menjejaskan postur tubuh, kekuatan dan bentuk badan. Oleh itu, sangat penting untuk anda tahu cara memilih beg yang sesuai agar badan tidak lagi rasa sakit.

Pilih Beg Yang Dekat Dengan Badan

Apabila anda memilih beg yang berada dekat dengan tubuh, beratnya akan menjadi sama rata dan lebih ergonomik. Gunakannya sebagai beg silang, jadi jika anda punya tali di bahu kanan, letakkan beg di sebelah kiri. Ingat, adalah disyorkan untuk menukar sisi dari semasa ke semasa.

Elakkan Beg Yang Perlu Dibawa Oleh Tangan

Elakkan model beg yang hanya boleh dibawa oleh lengan anda. Cari beg yang boleh disokong oleh bahu, belakang atau bahagian lain yang lebih kuat. Beg yang dijinjit di lengan atau tangan akan menyebabkan beberapa masalah siku, bahu, pergelangan tangan dan leher.

Ambil Perhatian Kepada Berat Beg

Oleh kerana anda akan menyimpan banyak barang di dalam beg, maka perlu dipertimbangkan bahawa berat akan bertambah. Jadi, berat beg tidak boleh melebihi 10 peratus berat badan anda.

Jauhi Tali Berantai

Walaupun tali beg berantai atau chains membuatkan anda kelihatan bergaya, ia bukanlah pilihan terbaik untuk tubuh. Tali jenis ini lebih berat dan cenderung untuk mencederakan kulit tubuh.

Cuba Dulu Sebelum Beli

Kadangkala benda yang dibeli tidak sama seperti yang dilihat. Amat penting untuk cuba dan uji beg sebelum membelinya. Dengan mencuba beg tersebut, anda boleh menilai berat beg, sama ada anda suka dengan cara ia terletak di tubuh atau tidak, dan ukur sama ada tali beg tersebut menyakitkan. Jadi, anda yakin ia adalah model terbaik.

Sumber Gambar: Depositphotos