Tampil Berani Dalam Persalinan Rona Merah

Berani Gayakan Merah!

Merah adalah warna klasik yang boleh memeriahkan sebarang penampilan. Ia adalah warna yang sesuai untuk acara seperti janji temu bersama insan tersayang, acara formal atau untuk gaya kasual.

Padankan persalinan merah dengan warna neutral untuk gaya yang lebih formal atau bermain dengan warna terang lain untuk penampilan yang lebih menyeronokkan dan bergaya. Tambahkan aksesori rona merah untuk meriahkan lagi penampilan anda seperti yang dikongsikan oleh Jelita ini.

Pilih Rona Anda

Tidak semua rona merah sesuai dengan warna kulit anda. Jadi, amat penting sekali untuk memilih tona merah yang sesuai. Jika anda mempunyai kulit agak gelap, cuba warna seperti merah jambu seperti coral pink dan tangerin. Bagi anda yang memiliki warna kulit lebih cerah, cari rona merah yang lebih pekat seperti rubi atau beri.

Padankan Merah Dengan Hitam atau Putih Untuk Penampilan Lebih Formal

Gabungan merah, hitam dan putih adalah warna berani yang mencipta kontras menarik apabila dipadankan bersama. Ia adalah pilihan terbaik jika anda ingin menghadiri acara rasmi atau ke tempat kerja.

  • Pilih rona merah terang jika anda inginkan gaya yang lebih kemas.
  • Jika anda malu untuk menggayakan rona terang, cari baju hitam atau putih yang ada corak merah.
  • Padankan blaus merah dengan blazer hitam atau putih untuk penampilan yang formal.

Gayakan Merah Sepenuhnya Untuk Tampak Lebih Menonjol

Tidak salah jika anda ingin menggayakan warna merah dari atas ke bawah. Jika anda berani, gayakan kasut merah, seluar merah dan baju merah. Persalinan ini sempurna untuk ke pertunjukkan fesyen atau bersantai bersama rakan di bandar.

  • Pilih rona merah berlainan untuk membezakan pakaian tersebut.
  • Jika tidak mahu kelihatan janggal ketika berada di khayalak ramai, pilih rona merah yang lebih gelap daripada rona terang.

Padankan Merah Dengan Warna Bertentangan Untuk Penampilan Lebih Menyeronokkan

Untuk tampil lebih menarik, padankan rona merah dengan warna bertentangan. Baju panas rona kuning mustard atau merah panas boleh dipadankan dengan seluar flared merah.

  • Cara ini sesuai untuk warna blok. Pakai baju merah atau kuning mustard sepenuhnya dan elak menggayakan busana yang punya corak dalam dua warna ini.
  • Padankan merah dengan biru terang untuk menghasilkan penampilan yang kurang menonjol tetapi masih trendy.
  • Elakkan gaya ini jika ingin ke acara formal.

Pilih Kasut Rona Merah Untuk Tambah Warna Pada Penampilan

Jika anda menggayakan pakaian polos atau neutral, tambahkan seri dengan sepasang kasut merah. Pakai kasut tumit tinggi dengan pakaian formal dan flats atau sneaker untuk gaya yang lebih kasual, seperti kasut merah daripada Under Amour ini.

  • Pilih kasut yang menunjukkan personaliti atau gaya. Jika anda seorang yang feminin, pilih kasut dengan lacy atau strappy. Jika anda suka penampilan yang lebih edgy, pilih kasut tumit blok atau sesuatu yang berkilat.

Serikan Penampilan Dengan Aksesori Merah

Aksesori adalah cara yang terbaik untuk membuat pakaian biasa kelihatan lebih menarik. Barang kemas merah akan menonjol jika anda padankannya dengan warna neutral seperti kelabu, hitam, putih atau navy. Padankan aksesori merah dengan pakaian cerah untuk tampil dengan penampilan lebih seronok.

Anda juga boleh memadankan jam pintar Louis Vuitton, Tambour Horizon dengan 12 dial berbeza dan turut menampilkan ciri jenama tersebut. Istimewa jam tangan ini turut menampilkan simbol dari zodiak Cina iaitu tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan khinzir. Dengan aplikasi Louis Vuitton, anda boleh berhubung terus ke jam pintar ini, terima kasih kepada teknologi canggih jam tersebut.

Bawa Beg Tangan Merah Untuk Ceriakan Penampilan

Bawa beg tangan merah untuk menambahkan warna pada penampilan anda. Beg yang anggun sesuai dipadankan dengan pakaian formal dan beg kulit besar akan melengkapkan gaya jalanan. Untu stail yang lebih kasual, pilih beg galas rona ini.

  • Padankan beg tangan merah terang dengan pakaian rona navy dan putih untuk mencipta pemandangan nautika.
  • Pakai beg sandang merah jika mahukan gaya lebih menyeronokkan.

Koleksi kapsul dari Burberry ini menampilkan siri elektik pakaian dalam pelbagai rona merah, warna yang ikonik dan sinonim dengan Tahun Baru Cina, termasuk beg tangan ini.

Tambahkan Skarf Merah Untuk Lebih Menonjol

Selendang atau skarf adalah cara terbaik untuk menambahkan seri pada pakaian polos. Pilih selendang yang lebih ringan dan ikat di bahagian leher untuk membantu busana kelihatan lebih menonjol.

  • Pilih skarf yang sesuai dengan nada kulit. Ini penting kerana ia akan digayakan dekat dengan wajah anda (leher).

Anda boleh cuba padankan skarf edisi terhad bermotifkan monogram Thomas Burberry dari Burberry ini. Ia diilhamkan oleh zodiak Cina dan dianimasikan dengan ilustrasi asal sebagai penghormatan kepada tahun Tikus.