Senarai Selebriti Paling Bergaya Di Karpet Merah Anugerah SAG

Semuanya kelihatan anggun sekali.

Semalam telah berlangsungnya acara anugerah Screen Actors Guild yang memperlihatkan barisan pelakon terkenal diberikan pengiktirafan untuk lakonan mereka. Seperti biasa, acara karpet merah menjadi perhatian ramai dengan persalinan selebriti yang hadir ke acara tersebut. Daripada Jennifer Aniston sehingga Madeline Brewer, Jelita senaraikan busana selebriti paling bergaya di karpet merah anugerah SAG.

1 of 10

Scarlett Johansson

Seperti anugerah Academy, busana yang digayakan Scarlett Johansson di SAG tidak mengecewakan. Menggayakan gaun sutera rona hijau daripada Armani Prive, Scarlett Johansson melengkapkan gayanya dengan sepasang anting-anting bulat, rambutnya disanggul kemas dan bibirnya dicalit dengan gincu merah.

1 of 10