Jennifer Lopez Dan Shakira Memukau Dalam Busana Dihiasi Ribuan Kristal Swarovski

Bukan hanya persembahan, busana yang digayakan juga turut mempesonakan.

Jennifer Lopez dan Shakira telah memukau peminat di acara Super Bowl halftime dengan menggayakan busana yang dihiasi dengan kristal Swarovski yang direka oleh pereka fesyen terkenal iaitu Versace dan Peter Dundas.

Dua ikon muzik terbesar di dunia itu, telah memukau penonton di pentas Super Bowl terkenal yang telah diadakan di Stadium Hard Rock, Miami dengan persembahan unik diiringi dengan busana daripada Swarovski.

Shakira memulakan persembahan dengan tiga set busana berkilau dengan butiran fringe yang menggunakan kristal swarovski merah yang menyerlah. Busana Shakira itu telah direka oleh pereka fesyen daripada Norway, Dundas.

Lebih daripada 123,000 kristal dalam tiga rona merah berbeza digunakan dalam busana tersebut dan kesemuanya dijahit dengan tangan manakala gitar Gibson milik Shakira telah ditaburi dengan 70,000 jet hematit kristal Swarovski untuk memberikan aura rock ‘n’ roll pada persembahannya.

Penyanyi reggaeton Puerto Rico, Bad Bunny turut membuat penampilan istimewa semasa persembahan Shakira, memakai busana kristal Swarovski yang direka oleh pereka fesyen berasal dari Berlin, Last Heirs yang turut menampilkan ikon logo mata ketiga artis itu.

Persembahan diteruskan dengan persembahan bertenaga daripada Jennifer Lopez. Dia telah menggayakan dua busana yang diperbuat daripada kristal Swarovski yang direka oleh pereka fesyen terkenal, Versace.

Anak perempuan Jennifer Lopez yang berusia 11 tahun, Emme turut menjadi salah seorang daripada 60 gadis muda yang menyertai penyanyi itu di atas pentas turut mengenakan busana daripada kristal Swarovski.

Duo hebat ini menutup persembahan mereka dengan Jennifer Lopez dalam persalinan kristal Swarovski daripada Versace dan Shakira pula menggayakan dua set busana kristal emas dipadankan dengan jaket bomber yang direka oleh Dundas bersama kasut yang dihiasi kristal Swarovski daripada Adidas.