Gerobok Gaya Datin Diana Danielle

Tampil anggun seperti Datin Diana Danielle.

Memiliki tubuh ramping dan berkulit mulus adalah satu bonus bagi Diana Danielle. Dia juga tidak lokek berkongsi gaya fesyennya. Jom tinjau apa yang menarik mengenai cita rasa wanita kacukan ini.

Erti Fesyen di mata anda?

Fesyen adalah satu medium untuk kita luahkan siapa diri kita dan ia juga menterjemah personaliti kita.

Item fesyen kesayangan anda?

Jaket kulit Gucci berwarna biru kerana ia sukar didapati.

Adakah tanggungjawab terhadap keluarga menyekat anda untuk berfesyen?

Saya akui akan ada perubahan. Fokus memang beralih pada anak. Namun saya lebih gemar menyiapkan si kecil terlebih dahulu kerana saya boleh mempunyai masa yang lama untuk berdandan.

Pereka fesyen yang menjadi idola?

Farah Khan dan Coco Chanel.

Jenama fesyen kegemaran?

Apa sahaja yang santai, label indie. Tidak kisah apa juga jenama yang penting tahu cara menggayakannya.

Sumber Gambar: Instagram Diana Danielle