Gaya Terbaik Selebriti Di Karpet Merah Golden Globes 2019

Lihat siapa yang tersenarai dalam busana terbaik Golden Globes 2019 pilihan Jelita

Tahun ini, acara Anugerah Golden Globes telah diadakan di Beverly Hilton yang terletak di Los Angeles pada Ahad lalu. Dihoskan oleh dua nama besar dalam industri hiburan, Sandra Oh dan Andy Samberg telah meriahkan lagi acara tersebut. Paling dinantikan, sudah tentulah acara karpet merah. Tahun ini, lebih banyak selebriti yang tampil dengan busana yang sememangnya memukau sesiapa sahaja yang melihatnya. Jom, lihat senarai selebriti dengan busana terbaik di Anugerah Golden Globes 2019. 

3 of 13

Alison Brie (Busana: Vera Wang)

Bersinar! Itu yang mampu Jelita gambarkan busana Alison Brie pada malam itu. Aktres itu mengenakan gaun ball tulle rona biru yang dipadankan dengan baju dalam berkilauan. Gaun rekaan Vera Wang itu menyerlah lagi penampilan Alison yang juga salah seorang calon pemenang untuk kategori Pleakon Wanita Televisyen Terbaik (Muzikal atau Komedi).

3 of 13

Alison Brie (Busana: Vera Wang)