Gaya Terbaik Selebriti Di Karpet Merah Golden Globes 2019

Lihat siapa yang tersenarai dalam busana terbaik Golden Globes 2019 pilihan Jelita

Tahun ini, acara Anugerah Golden Globes telah diadakan di Beverly Hilton yang terletak di Los Angeles pada Ahad lalu. Dihoskan oleh dua nama besar dalam industri hiburan, Sandra Oh dan Andy Samberg telah meriahkan lagi acara tersebut. Paling dinantikan, sudah tentulah acara karpet merah. Tahun ini, lebih banyak selebriti yang tampil dengan busana yang sememangnya memukau sesiapa sahaja yang melihatnya. Jom, lihat senarai selebriti dengan busana terbaik di Anugerah Golden Globes 2019. 

2 of 13

Lady Gaga (Busana: Valentino)

Lady Gaga bukan sahaja terkenal dengan pencapaiannya dalam bidang muzik tetapi juga dengan fesyen karpet merahnya. Siapa yang masih ingat busana diperbuat daripada daging yang digayakan oleh Lady Gaga di MTV Video Music Awards pada tahun 2010? Sejak itu, Lady Gaga sering menjadi perhatian lensa kamera kerana pilihan busananya yang lain daripada lain. Namun, untuk Golden Globes ini, Lady Gaga kelihatan mengenakan gaun rona biru lembut daripada Valentino. Menariknya, rona biru busana tersebut sama dengan warna rambut penyanyi itu. Turut menjadi perhatian adalah rekaan bahagian tangan busana itu yang agak besar dan disambungkan dengan train yang panjang

2 of 13

Lady Gaga (Busana: Valentino)