Elfira Loy x Buttonscarves Lancar Koleksi Tudung Sempena Bulan Ramadan Dan Syawal

Rekaan yang menarik buat anda tampil seperti maharani.

Nama Elfra Loy cukup terkenal di Indonesia kerana pernah beberapa kali bergandingan dengan pelakon lelaki di sana. Kali ini dia mencipta sejarah tersendiri apabila disunting bekerjasama dengan jenama tudung popular, Buttonscarves yang berpangkalan di sana.

Lebih tepat lagi, Elfira yang memiliki seramai 4.8 juta pengikut di Instagram itu telah menjadi artis Malaysia pertama yang bekerjasama dengan jenama dari seberang ini. Sebagai permulaan kerjasama Buttonscarves x Elfira Loy, ia telah menghasilkan koleksi istimewa yang dipanggil sebagai The Maharani Series yang sesuai digayakan di bulan Ramadan dan Syawal kelak.

Menurut Elfira yang juga peminat tegar Buttonscarves, kerjasama antaranya dengan jenama yang sudah empat tahun berkembang di negara seberang itu tercetus dalam sekelip mata dan tanpa diduga. Malah ia bagai dirahmati dan dipermudahkan.

Koleksi itu akan dilancarkan di Indonesia pada hari ini yang juga hari pertama umat Islam meraikan bulan Ramadan. Koleksi The Maharani Series ini memiliki 13 warna dengan motif yang mengangkat elemen seni bina di India.

Ia juga menggunakan bahan skarf kapas voal dan satin silk yang selesa untuk dipakai. Kerjasama yang bermula daripada perbualan di kotak mesej langsung (DM) di Instagram itu akan berlangsung selama dua bulan iaitu April dan Mei namun artis kecil molek itu mendoakan agar kerjasama ini dapat dipanjangkan lagi.

Selain daripada kerjasama ini, jenama Buttonscarves turut merangcang untuk membuka premis jenama ini di tiga pusat beli-belah di Malaysia termasuk Avenue K kelak. Nama Maharani ini diinspirasikan daripada gelaran yang digunakan di India dan diberikan kepada pemimpin India.