Cara Suai Padan Item Fesyen Rona Emas

Serlahkan gaya dengan warna emas.

Emas bukan hanya dikaitkan dengan aksesori atau perhiasan di dunia fesyen. Anda boleh bergaya dalam warna yang rumit untuk kelihatan lebih mewah dan glam. Namun, tidak semua orang berani untuk menggayakan warna yang rumit seperti ini.

Jangan risau, anda boleh kelihatan bergaya dalam warna emas jika kena dengan caranya.

  1. Warna seperti hitam, kuning susu dan putih antara yang paling sesuai untuk dipadankan dengan apa juga item fesyen bernuansa emas.
  2. Seeloknya elakkan memakai warna seperti jingga, hijau, merah bersama item berwarna emas kerana ia memberikan sedikit tekanan dalam penampilan.
  3. Elak menggayakan pakaian berlapis pada dress atau top emas kerana ia memberikan kesibukan pada keseluruhan cermin gaya.
  4. Kekalkan gaya yang ringkas apabila anda padankan skirt maxi rona emas untuk memberikan ilusi langsing dan feminin.
  5. Jika anda masih tidak berani untuk gayakan rona emas yang terang, cuba rona emas pucat seperti wheat gold untuk penampilan yang lebih chic.
  6. Jika anda ingin menambahkan sentuhan emas dalam penampilan anda, cuba padankan dengan aksesori rona emas seperti beg kecil atau clutch. Ini adalah cara yang ringkas dan menarik pada masa yang sama.
  7. Jika tiada busana rona emas untuk digayakan, anda boleh cuba aksesori statement yang berbeza seperti choker atau bangle rona emas.
Sumber Gambar: Depositphotos