Barisan Selebriti Dengan Busana Terbaik Di Karpet Merah Anugerah BAFTA 2020

Cantik sekali busana yang digayakan!

Acara anugerah antarabangsa diteruskan lagi dengan Anugerah BAFTA 2020. Seperti kebiasannya, anugerah berprestij ini dimeriahkan oleh barisan selebriti popular dan turut tidak ketinggalan adalah Duke dan Duchess of Cambridge sendiri iaitu Putera William dan Kate Middleton.

Sudah tentu, busana yang digayakan di acara karpet merah menjadi sorotan utama pada malam itu. Berikut adalah antara busana terbaik di karpet merah Anugerah BAFTA 2020.

1 of 10

Kate Middleton

Duchess of Cambridge itu tampil dalam kilauan emas dan persalinan rekaan Alexander McQueen yang pernah digayakannya sewaktu lawatannya ke Malaysia pada 2012. Kate Middleton juga bijak memadankan busana putih dengan corak emasnya dengan kasut dan clutch rona emas untuk menyerlahkan lagi penampilannya.

1 of 10