6 Kesilapan Fesyen Yang Boleh Buat Anda Kelihatan Kolot

Elak daripada melakukannya!

Daripada memilih pakaian sehinggalah aksesori yang sepadan, anda mudah melakukan kesilapan yang boleh menghancurkan penampilan keseluruhan. Sebaliknya, jika pakaian dipilih dengan betul, ia mampu membuatkan gaya anda lebih menyerlah.

Berikut adalah enam kesilapan fesyen yang boleh membuatkan anda kelihatan kolot.

Memilih anting-anting yang salah mengikut bentuk muka

Ia mungkin kelihatan seperti butiran kecil tetapi memilih jenis anting-anting yang salah boleh membuatkan wajah anda kelihatan lain. Ini beberapa tip yang boleh anda cuba untuk memilih anting-anting yang sesuai.

  • Untuk muka bujur, anda boleh memilih pelbagai jenis anting-anting. Yang penting, jangan berlebihan.
  • Untuk muka bulat, anting-anting jenis panjang adalah pilihan yang sesuai.
  • Untuk muka berbentuk hati, anting-anting dengan garis panjang dan lengkung adalah yang terbaik.
  • Untuk muka bersegi, cuba gayakan subang panjang, gelang dan jenis bergantung.
  • Untuk wajah kecil, anting-anting panjang dan bergantung adalah taruhan terbaik.

Mengenakan Baju Yang Terlalu Besar dan Terlalu Kecil

Amat penting sekali untuk memeriksa ukuran ketika membeli pakaian. Ini kerana pakaian yang kelihatan cantik pada patung mungkin tidak sesuai kerana saiz yang berbeza dan mungkin akan membuatkan anda kelihatan lebih berisi daripada biasa.

Menggayakan Busana Dengan Rekaan Yang Berlebihan

Ropol dan lipatan tambahan boleh buat anda kelihatan lebih besar daripada biasa. Adalah lebih baik jika anda kekalkan gaya yang ringkas dan mudah. Busana dengan hiasan yang banyak juga memerlukan penjagaan khas semasa dibersihkan dan masa penyelenggaraan juga sangat tinggi.

Terlalu Banyak Aksesori

Kekalkan gaya yang ringkas dan mudah. Anda mahu orang melihat wajah anda, bukannya terganggu dengan aksesori yang digayakan. Hanya kerana anda mempunyai beberapa aksesori, itu tidak bermakna ia harus digayakan secara serentak. Jika anda bijak mengenakan aksesori yang sesuai, ia boleh menyerlahkan lagi penampilan tetapi ingat, ia haruslah berpada.

Mengenakan Busana Dengan Jalur Melintang Lebar

Jalur melintang yang lebar boleh kelihatan tidak sesuai untuk sesetengah orang. Melainkan anda boleh membawa gaya ini, maka adalah dinasihatkan untuk mengelakkannya. Busana dengan corak ini boleh menonjolkan ciri yang salah pada tubuh. Pilihan terbaik adalah untuk menggayakan pakaian berwarna atau dengan sedikit corak kecil.

Membeli Baju Tidak Mengikut Bentuk Badan

Penting sekali untuk anda membeli pakaian mengikut bentuk badan. Jika anda memiliki badan yang berisi dan pendek, elakkan memakai seluar lebar, kerana ia akan buat tubuh kelihatan lebih berisi. Gayakan seluar tiga suku yang panjangnya di bawah lutut. Seluar yang lebar sesuai untuk wanita yang bertubuh tiga segi dan menyerlahkan gaya wanita yang bertubuh kurus dan tinggi. Jika anda memiliki tubuh pear, lebih baik tambahkan beberapa lapisan pada badan dan serlahkan bahagian pinggang dengan menambah aksesori seperti tali pinggang. Ini akan menjadikan tubuh lebih seimbang.

Sumber Gambar: Depositphotos