5 Tip Jaga Aksesori Agar Tahan Lebih Lama

Pastikan ia disimpan dengan baik.

Aksesori atau barang kemas antara item fesyen penting buat wanita. Ia melengkapkan penampilan anda. Jadi, amat penting untuk pastikan aksesori dijaga dengan baik agar dapat tahan lebih lama.

Jelita kongsikan cara mudah untuk anda menjaga aksesori.

Simpan Perhiasan Berlian Secara Berasingan

Perhiasan atau barang kemas yang mempunyai berlian harus disimpan secara berasingan dengan perhiasan jenis sama atau dengan yang lain. Ini kerana apabila aksesori berlian bersentuhan, ia boleh menyebabkan calar dan kecacatan pada aksesori. Gunakan kotak perhiasan dengan tempat penyimpanan cincin, anting-anting, gelang dan rantai yang berasingan atau simpan setiap aksesori berlian dalam kotaknya sendiri.

Jauhkan Aksesori Mutiara Daripada Plastik

Bahan kimia tertentu dalam plastik boleh menyebabkan keadaan mutiara merosot, jadi sebaiknya jauhkan daripada bekas plastik atau barang plastik yang lain. Sebagai gantinya, simpan perhiasan mutiara di dalam kotak perhiasan kayu yang dilapisi dengan kain.

Balut Aksesori Perak Dengan Kain Perak

Barang kemas perak boleh diletakkan bersama dan dibalut dengan kain perak. Harus ada penutup yang menutupi perhiasan untuk mengelakkan oksigen masuk yang akan menyebabkan karat pada aksesori anda. Kain perak boleh didapati di kedai barang kemas atau di dalam talian.

Simpan Aksesori Di Tempat  Dengan Suhu Stabil Dan Kelembapan Rendah

Kelembapan tinggi boleh merosakkan aksesori anda dengan mudah, jadi lebih baik jauhkannya dari bilik mandi, loteng, ruang bawah tanah dan persekitaran lembap yang lain. Panas yang melampau juga boleh mengubah warna aksesori dan menyebabkan permata dan mutiara retak. Tempat yang sesuai adalah almari dalam bilik tidur anda.

Simpan Barang Kemas Berharga Di Dalam Peti Besi

Daripada  mempamerkan pusaka keluarga atau barang berharga, lebih baik jika ia di simpan di tempat yang selamat. Gunakan peti besi untuk cegah pencurian dan juga melindungi barang kemas daripada unsur yang boleh merosakkan logam berharga. Anda boleh memilih untuk gunakan peti keselamatan peribadi di rumah atau simpan barang berharga di peti deposit keselamatan di bank.

Sumber Gambar: Depositphotos