Her Beauty Awards 2019: Serum Pencerahan Wajah Terbaik

Satu atau dua titisan daripada serum ini sudah cukup untuk bantu cerahkan kulit anda

Raih kulit cerah berseri dengan menggunakan Klairs Freshly Juiced Vitamin Drop untuk mencerahkan tona kulit wajah. Ia dirumus dengan lima peratus kandungan asid ascorbic yang turut dikenali sebagai Vitamin C yang mana ia lembut dan tidak mendatangkan iritasi pada kulit. Oleh itu, ia berupaya membaiki tekstur kulit, mengurangkan kesan keradangan, memudarkan bintik pigmentasi dan mencegah cela. Serum ini juga mengandungi antioksidan yang menggalakkan pengeluaran kolagen, bagus untuk memperlahankan proses penuaan. Cara aplikasinya cukup mudah. Untuk siang hari, pakai serum terlebih dahulu, diikuti dengan krim tabir suria untuk melindungi kulit wajah.

Guna Bersama…

Klairs Freshly Juiced Vitamin E Mask ini dirumus dengan Vitamin E dan niacinamide, kombinasi sempurna untuk efek kulit sihat dan cerah. Pupur ini hadir dengan rumusan istimewa adenosine, yang mana bagus untuk mengurangkan kesan kedutan dan menjana semula sel kulit wajah.

Ketahui lebih lanjut mengenai Klairs Freshly Juiced Vitamin Drop di www.nattacosme.com

Artikel berbayar ini disiarkan sempena Istimewa Her Beauty Awards 2019 di dalam Majalah Jelita edisi Ogos 2019.