Inspirasi Flora Jepun Untuk Hanami Lebaran 2020

Tudung sedia pakai praktikal dan tak serabut.

Wanita dan bunga sukar dipisahkan. Hijab dengan cetakan bunga halus mungkin menjadi pilihan anda lebaran tahun ini?

Tak perlu cari jauh dan memikir cara melilit tudung untuk sempurnakan penampilan buat wanita berhijab.

Hanami, antara peneraju fesyen tudung sedia pakai (instant) melancarkan koleksi raya diberi nama Hanami Lebaran 2020. Malah, koleksi terbaru ini mula dijual di laman sesawang yang telah diperbaharui.

“Edisi raya tahun ini dihasilkan dalam kuantiti yang terhad untuk mengekalkan nilai eksklusif dan diinspirasikan daripada lukisan flora yang terdapat di negara Jepun.

“Malah, beberapa selebriti tempatan turut bersama mengaktifkan jenama ini secara dalam talian serentak pada 29 April 2020 jam lima petang di seluruh negara,” katanya dalam satu siaran media kepada Jelita.

BEZA HANAMI LEBARAN 2020

Dengan peningkatan permintaan terhadap selendang dan tudung sedia pakai di pasaran yang bercorak flora beberapa tahun ini, rekaan koleksi Hanami Lebaran 2020 direka khusus untuk mengembalikan corak bunga-bungaan kepada fesyen moden.

“Idea di sebalik Hanami Lebaran 2020 ini juga disebabkan ramai orang meminati rekaan yang bermotifkan flora. Untuk memenuhi permintaan terhadap rekaan dan penggayaan, koleksi ini didatangkan dengan koleksi tudung sedia pakai dan selendang.”

Mengenai Koleksi Ini

Koleksi ini diinpirasikan oleh pasukan rekaan Hanami yang mendapati rekaan tradisional yang bermotifkan flora ditambah dengan sentuhan moden menjadi trend pada masa kini.

Sebelum rekaan ini dihasilkan, pasukan rekaan Hanami telah membuat banyak kajian dan pembangunan, bagaimana permintaan pasaran terhadap tudung jenis sedia pakai dan motif corak yang diminati oleh pengguna di luar sana.

Oleh itu, pasukan rekaan Hanami telah menemukan kesimpulan bahawa para pengguna semakin menghargai dan mencintaai rekaan daripada koleksi flora yang digayakan dengan pemakaian tudung jenis sedia pakai bagi memudahkan mereka melakukan aktiviti seharian dengan mudah di samping tidak ketinggalan dalam menggayakan fesyen terkini.

Pasukan rekaan Hanami telah mereka rekaan edisi Hanami Lebaran tahun ini seterusnya menjadi stail Hanami tanpa menghilangkan estetatik pemakaian tudung itu sendiri dan seterusnya ia menjadi koleksi yang amat disukai. Ia direka khas untuk dipadankan dengan wanita moden dan juga wanita berciri tradisional.

Koleksi Hanami Lebaran 2020 ini didatangkan dengan beberapa corak berlainan dalam potongan selendang, bawal sedia pakai, selendang sedia pakai dan beberapa lagi. Koleksi ini boleh didapati pada harga bermula RM69 sehingga RM89 setiap satu.

Koleksi Hanami Lebaran 2020 ini dan koleksi Hanami yang lain boleh didapati di laman sesawang https://hijabsbyhanami.com.my/ dan di stokis yang berdaftar.

 

Baca juga: Elfira Loy X ButtonScarves Lancar Koleksi Tudung Sempena Ramadan & Syawal