Gahkan stail Diwali anda!

Merias dengan barang perhiasan terbaru

Sambut Deepavali lebih meriah dengan koleksi aksesori ini! Padukan pula dengan persalinan baharu anda sempena perayaan kali ini. Jangan terhadkan diri anda untuk berfesyen. Tidak asing lagi persalinan sari digayakan pula dengan aksesori barang kemas yang sarat. Jika anda gemarkan gaya minimal, pilih persalinan penuh perincian atau rona terang. Namun, padukan pula dengan aksesori barang kemas yang besar dan menonjol.  Jelita kongsikan antara barang kemas yang sesuai dipadankan bersama persalinan anda. Inilah masa untuk melaram sakan bagai tiada hari esok!

1 of 3

Pandora hadir dengan koleksi Pandora Me untuk mengungkap setiap sisi anda bersama Millie Bobby Brown sebagai wajah kempen koleksi ini. Ia diilhamkan daripada klip kertas untuk mengubah pengalaman hidup sebenar menjadi sesuatu yang boleh disarung dan boleh dikongsikan. Si pemakai boleh menunjukkan sisi dengan ekspresi diri melalui aksesori dengan harga yang berpatutan. Kesemua charms dalam aksesori ini mempunyai pelbagai fungsi dan nampak bergaya. Terdapat juga kerongsang pin dengan reka bentuk hati pada hujung pin tersebut digayakan pula dengan charms kegemaran anda. Suai padan anting-anting stud dengan memilih simbol yang berbeza seperti bulan, unicorn, bintang dan banyak lagi. Sesekali anda boleh cuba gayakan anting-anting berlainan simbol!

1 of 3