Wajah Berseri Tanpa Solekan, Ini 6 Tabiat Yang Harus Diamalkan

Amalkannya sekarang!

Mengenakan solekan sudah sinonim dengan wanita tetapi kadangkala ia boleh menjadi rutin yang membosankan dan memakan masa yang lama.

Penampilan lebih neutral boleh jadi pilihan hebat untuk anda yang kesuntukan masa dan ia juga boleh buat wajah kelihatan lebih cantik berseri.

Berikut adalah enam tabiat yang boleh anda amalkan untuk kelihatan lebih berseri walaupun tanpa secalit solekan.

Gunakan sarung bantal sutera sewaktu tidur

Anda boleh meningkatkan penampilan semasa sedang tidur. Cuba gunakan sarung bantal yang diperbuat daripada sutera. Fabrik jenis ini mengurangkan geseran pada kulit dan rambut sekali gus mengelakkan kerosakan dan kerengsaan. Ia juga membantu memastikan kulit dan rambut sentiasa bersih dan menghalang pengeringan. Sebaliknya, kapas boleh menyerap minyak semula jadi. Helah ini berkesan untuk menghilangkan jerawat.

Urut wajah

Tidak perlu pergi ke spa untuk dapatkan urutan wajah. iranya anda ingin meningkatkan ketegangan kulit, gunakan gerakan perlahan untuk merangsang kulit wajah. Uurtan yang baik dapat membantu menghilangkan toksin dan sisa berlebihan. Cuma perlu ingat, elak kulit di sekeliling bahagian mata kerana ia terlalu lembut.

Sapukan minyak kastor pada bulu mata

Gunakan minyak kastor pada bulu mata untuk buatkan ia kelihatan lebih menarik. Fungsi minyak ini bukanlah untuk mempercepatkan penumbuhan bulu mata tetapi ia akan membuatkan bulu mata kelihatan lebih tebal dan berkilau.

Gunakan serum untuk merangsang nutrien pada wajah

Untuk mengekalkan kulit yang sihat, anda boleh aplikasikan serum yang boleh melawan kedutan, bintik gelap atau kusam. Ingat, tiada dua serum yang serupa dan apa yang boleh ia lakukan bergantung kepada bahan aktif, jadi cari serum yang diperlukan oleh kulit wajah anda. Untuk rangsangan tambahan, masker juga oleh membantu memberikan kulit anda rawatan nutrien dalam masa beberapa minit.

Minum air lemon

Terdapat lebih daripada satu cara untuk memastikan kulit sihat dan cantik. Kajian menunjukkan wanita berusia boleh mencerahkan kulit dan mengurangkan lingkaran gelap, bintik gelap dan kemerahan dengan mengambil Vitamin C. Untuk mendapatkan Vitamin C, mulakan hari anda dengan secawan air panas dengan hirisan lemon segar.

Gunakan krim tabir suria

Selain melindungi kulit daripada matahari, ia juga boleh menghalang tanda penuaan pramatang, mengekalkan tona wajah dan memberikan protein penting untuk kulit seperti keratin, yang membantu kulit kelihatan lebih licin dan sihat. Ia juga boleh mengurangkan risiko kanser kulit. Dan pastikan anda memakai krim ini walaupun dalam cuaca redup.

Sumber Gambar: Depositphotos