Rambut Keriting Terurus, Begini Cara Menjaganya

Tip mudah untuk rambut keriting yang cantik.

Memiliki rambut keriting semula jadi adalah salah satu tarikan buat wanita. Kini, begitu ramai wanita yang inginkan rambut keriting kerana ia memberikan penampilan yang tampak muda, yakin dan ceria. Namun, untuk menjaganya bukan mudah kerana ia memerlukan penjagaan yang sangat rapi untuk memastikan ia sentiasa terurus dan tidak menggerbang.

Untuk wanita yang mempunyai rambut keriting, Jelita kongsikan beberapa tip mudah untuk menjaganya.

  1. Mulakan dengan menyikat bahagian hujung rambut untuk merapikan dan mengelakkannya daripada bergulung dan kusut.
  2. Pastikan anda menggunakan sikat jenis ‘bergigi’ berbanding jenis berus. Ini kerana sikat jenis berus boleh mengakibatkan rambut keriting senang putus dan bertambah kusut. Sikat jenis bergigi pula dapat membantu menghasilkan rambut keriting yang semula jadi.
  3. Rambut keriting akan kelihatan cantikbila ia lembut dan beralun. Jadi pastikan anda menyapukan krim atau minyak terutama sekali pada bahagian hujung rambut.
  4. Pastikan anda elakkan syampu yang mengandungi bahan sodium lauryl sulfate kerana ia agak kasar dan akan menyebabkan rambut bertambah kering.
  5. Selain menggunakan krim atau minyak, anda juga boleh gunakan perapi untuk memastikan rambut lembap. Rambut keriting senang menjadi kusut jika ia dibiarkan kering.
  6. Rambut keriting mudah menjadi kusut. Pastikan anda tidak menggosok terlalu kerap dengan tuala dan hadkan penggunaan aksesori kepala seperti skarf, topi dan sebagainya.
  7. Rambut keriting juga mudah menjadi kusut jika anda baring di atas rambut dengan sarung bantal jenis kapas kerana ia akan menarik rambut setiap kali anda bergerak. Lebih baik jika gunakan sarung bantal dengan fabrik sutera yang lebih licin dan lembut.
  8. Elakkan bersyampu setiap hari kerana ia akan menyebabkan rambut menjadi lebih kering tetapi anda boleh gunakan perapi setiap hari walaupun tanpa syampu.
  9. Untuk pastikan rambut kekal lembap secara semula jadi, basuh dengan air sejuk. Ia dapat membuka kutikel rambut untuk mengeluarkan minyak semula jadi dan memastikannya bersinar dan tidak kusut.
  10. Sediakan jadual untuk trim rambut setiap enam hingga lapan minggu untuk pastikan rambut anda kekal terurus.
  11. Rambut anda juga perlukan pupur untuk mendapatkan rawatan intensif. Rambut keriting biasanya kering, jadi ia perlu dilembapkan dengan sempurna untuk membentuk keriting yang lebih cantik.

Gambar: Depositphotos