Pergi Ke Spa Sewaktu Haid? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Berikan diri anda layanan terbaik tidak mengira waktu.

Mungkin ada di antara anda yang kurang selesa berkunjung ke spa pada masa ini tetapi ada manfaatnya yang boleh ambil kira.

spa

Namun untuk ke spa sewaktu haid, anda perlu ingat beberapa perkara ini:

  1. Maklumkan pihak spa yang anda sedang haid supaya mereka boleh cadangkan perawatan tubuh yang bersesuaian. Malah, sesetengah spa membenarkan anda berendam untuk mengetepikan lelah tubuh dan agar lebih relaks.
  2. Bawa tuala wanita ekstra dan seluar dalam sendiri sekurang-kurangnya dua helai. Kebiasaannya spa akan sediakan seluar dalam pakai buang, namun biasanya ia longgar dan mungkin berlaku kebocoran walaupun anda memakai tuala wanita.
  3. Anda boleh beritahu tukang urut untuk elak bahagian tubuh tertentu, contohnya perut jika anda merasakan kurang selesa disentuh di bahagian itu.
  4. Jika anda merasakan urutan badan kurang menyelesakan sewaktu haid, anda masih boleh memanjakan diri dengan melakukan perawatan rambut atau merias kuku. Kini, salun rias kuku menyediakan spa kaki dan tangan yang mengasyikkan.
Sumber Gambar: Depositphotos

Baca Juga: Panduan Berkunjung Ke Spa Kecantikan