Pentingnya Krim Malam Dalam Rutin Cantik Anda

Jangan sesekali biarkan kulit wajah anda tanpa menggunakan krim malam.

Sepertimana anda memerlukan rehat selepas seharian bekerja di pejabat, kulit juga begitu. Ia memerlukan rehat setelah bekerja keras pada pagi hari setelah bertindak sebagai perisai untuk melindungi kulit daripada radikal bebas, penceraman dan juga bakteria. Oleh itu, pada waktu malam ia berfungsi merawat dengan menjana semula sel kulit dan mengunci lembapan untuk membantu anda mendapatkan kulit yang segar dan sihat.

Jelita kongsikan manfaat mengapa anda harus menggunakan krim malam.

  • Menyalur, meningkat dan mengunci kadar kelembapan kulit wajah.
  • Menghaluskan tekstur kulit wajah.
  • Melega dan meredakan kesan iritasi atau kemerahan pada kulit wajah.
  • Membantu menggalakkan penghasilan kolagen jika rumusannya bersesuaian
  • Mengurangkan kesan garis halus dan kedutan terutamanya pada kawasan mata.
  • Membantu menganjal dan menenangkan kulit wajah.
  • Menjana dan memperbaharui sel kulit wajah
Sumber Gambar: Depositphotos