Mengapa Anda Perlu Gunakan Berus Pencuci Wajah?

Wajah akan jadi lebih bersih dan sihat!

Mencuci wajah amat penting untuk memastikan kulit sentiasa bersih dan bebas daripada kotoran dan bakteria. Namun begitu, mencuci wajah menggunakan tangan sebenarnya tidak membersihkan kulit wajah anda dengan mendalam. Ia akan mengakibatkan kotoran dan sisa solekan yang terkumpul di dalam liang pori akan menjadi bintik putih dan seterusnya akan membuatkan wajah berjerawat.

Sebaliknya, jika anda menggunakan berus pencuci wajah. Ia dapat memastikan kulit anda akan dicuci dengan lebih mendalam. Berikut adalah sebab mengapa anda perlu menggunakan berus pencuci wajah.

Membersihkan Wajah Dengan Lebih Mendalam

Struktur kulit berpori memudahkan kulit bernafas dan mengeluarkan peluh dan sekali gus memudahkan proses perkumuhan. Jika anda gemar menggunakan solekan, anda pasti tahu tentang masalah pori yang tersumbat sekiranya ia tidak dibersihkan dengan baik. Menggunakan berus pencuci muka dapat membersihkan wajah sehingga ke liang pori supaya ia tidak tersumbat dengan sisa solekan.

Cucian Yang Lebih Bersih

Mencuci wajah menggunakan jari atau tangan akan menyebabkan kulit terdedah dengan kotoran yang lain kerana jari atau tangan sering digunakan untuk memegang benda lain dan kotoan yang terdapat pada benda tersebut akan berpindah ke tangan anda. Dan akhirnya ia akan berpindah ke kulit wajah ketika anda mencuci wajah menggunakan jari atau tangan. Oleh itu, anda digalakkan untuk menggunakan berus pencuci muka yang khas untuk wajah anda agar bakteria di tangan tidak bersentuhan dengan kulit wajah.

Merangsang Penyerapan

Berus pencuci muka dapat membantu untuk merangsang penyerapan krim dan pelembap untuk menyerap dengan baik dalam kulit wajah anda. Berus pencuci muka mempunyai berus yang halus dan ia dapat merangsang pori kulit untuk terbuka setelah ia mencuci kulit wajah anda. Pori yang terbuka dapat meningkatkan penyerapan nutrien daripada krim atau serum yang disapukan pada wajah. Masa penyerapan juga menjadi lebih singkat.

Menganjalkan Kulit dan Kurangkan Jerawat

Membersihkan wajah menggunakan berus pencuci muka dapat menganjalkan kulit anda serta dapat mengecutkan jerawat. Kulit juga menjadi lebih tegang dan anjal hasil daripada urutan lembut daripada berus pencuci muka tersebut. Urutan ini dapat membantu anda mendapatkan wajah awet muda. Jerawat akan timbul sekiranya ia bersentuhan dengan sesuatu yang mempunyai bakteria. Jika anda menyimpan berus pencuci wajah dengan baik, ia secara tidak langsung dapat mengurangkan jangkitan bakteria dan mengurangkan risiko timbulnya jerawat.

Sumber Gambar: Depositphotos