5 Solekan Dan Gaya Rambut Paling Menyerlah Di Golden Globes 2020

Boleh jadi inspirasi untuk rias anda.

Di Golden Globes Awards, bukan hanya busana yang menjadi tarikan. Solekan dan gaya rambut turut menjadi tumpuan terutama di acara karpet merah kerana ia adalah pelengkap kepada keseluruhan gaya yang ditampilkan.

Berikut adalah lima solekan dan gaya rambut yang menjadi perhatian di acara karpet merah Golden Globes 2020.

Solekan Metalik

Tampil dengan busana unik rona perak atau metalik, Joey King turut memberikan aura berani pada solekannya dengan memilih rona perak untuk solekan mata yang sepadan dengan busananya.

Rambut Sanggul

Bagi anda yang inginkan dandanan kemas, jadikan gaya rambut Jennifer Lopez ini sebagai inspirasi. Tampil dengan rambut bertocang yang disanggul, dandanan oleh Chris Appleton ini bukan sahaja kelihatan cantik, ia juga kemas dan unik.

Aura Kemilau

Lucy Boynton tampil berani dengan solekan berkilau pada bahagian mata. Menariknya, ia sepadan dengan busana yang digayakannya pada malam itu. Sisir bulu kening juga nampak au natural!

Cekak Rambut

Bintang Booksmart ini membuktikan aksesori rambut seperti cekak masih lagi relevan dan menjadi itemĀ statement terutama sekali pada acara karpet merah, bukan sekadar untuk kemaskan anak rambut. Sekali-sekala tidak salah untuk tambahkan aksesori rambut untuk memecah kebosanan bagi penampilan anda.

Romantik Merah Jambu

Menampilkan aura seorang bintang antarabangsa menerusi persalinan merah jambu, srikandi Bollywood, Priyanka Chopra turut memadankan solekannya dengan pemerah pipi merah jambu bersama gincu merah rubi. Gaya rambutnya pula dibiarkan beralun lembut. Boleh jadi inspirasi buat anda yang punya acara istimewa bersama si dia yang tercinta.

Sumber Gambar: Instagram