Lambatkan Penuaan Dengan Tiga Langkah Asas Ini

Tiada lagi garis halus pada wajah!

Kulit pada bahagian wajah bersifat lembut dan sensitif. Ia juga paling cepat menampakkan garis usia. Apabila anda mengesan ada garis halus pada bahagian hujung mata, itu tandanya penuaan sudah muncul. Jadi, sebelum ia menguasai wajah anda, tanganinya dengan bijak.

penuaan

Jelita kongsikan tiga langkah untuk anda lambatkan proses penuaan.

  1. Jika anda penat sekalipun di waktu malam selepas pulang ke rumah, jangan culas membersihkan wajah. Apabila kulit bersih, ia dapat bernafas dengan sempurna dan sudah pasti bebas daripada sebarang kotoran.
  2. Selepas membersihkan wajah, jangan sental tuala secara kasar pada kulit. Sebaiknya, hanya lekap perlahan-lahan. Apabila anda mengeringkan wajah secara lembut, enzim semula jadi pada kulit tidak akan hilang dengan cepat dan kekal pada permukaan. Liang pori juga akan lambat kelihatan apabila kulit tidak dikasari.
  3. Gunakan bahan penjagaan seperti toner dan serum terlebih dahulu sebelum menyapu krim yang bertekstur pekat kerana ia akan lambat menyerap ke dalam liang lapisan kulit.
Sumber Gambar: Depositphotos