Jaga Rambut Dengan Mudah Ketika Berlibur

Jangan biarkan masalah rambut mengganggu anda ketika bercuti.

Bercuti sememangnya menyeronokkan kerana anda boleh melihat tempat baru dan mempelajari budaya di sana. Tetapi di sebalik keseronokan melancong, jangan lupa pada rutin kecantikan anda. Selain wajah, rambut juga memerlukan penjagaan rapi saat anda sedang berlibur kerana perubahan cuaca boleh menyebabkan rambut rosak.

Oleh itu, Jelita kongsikan tip penjagaan rambut yang mudah untuk anda ikuti.

  • Jangan lupa membawa klip rambut, cekak dan skarf sebagai aksesori pelengkap gaya rambut.
  • Bagi yang berhijab, pakai tudung daripada kain kapas dan ringan agar mudah menyerap peluh anda.
  • Untuk mengatasi masalah rambut tidak bermaya, guna syampu kering untuk mengurangkan masalah kulit kepala berminyak. Alternatif lain, anda juga boleh menggunakan bedak talkum untuk menyerap minyak pada rambut. Tabur bedak pada akar rambut.
Sumber Gambar: Depositphotos