Ini 7 Kebaikan Ais Untuk Kulit Yang Anda Perlu Tahu

Boleh juga digunakan untuk kurangkan lemak di perut.

Tidak hanya menyejukkan minuman, ais juga digunakan sebagai petua kecantikan. Bahkan, terapi ais kini sudah kerap ditawarkan di spa rawatan wajah.

Perkara yang anda perlu tahu mengenai terapi ais:

  • Sentiasa gunakan terapi ais pada wajah yang bersih.
  • Pakai sarung tangan untuk memegang kiub ais. Ini akan melindungi tangan, terutamanya jika anda merancang untuk melakukan terapi ini dalam waktu yang lama.
  • Jangan gunakan ais secara langsung tanpa mengalasnya dengan kain lembut atau beg plastik apabila mengurut wajah.
  • Anda boleh menggunakan ais kiub secara langsung untuk mengurangkan jerawat atau bengkak di sekeliling mata.
  • Untuk mengelakkan luka terbakar, jangan gunakan pek ais pada badan lebih daripada satu jam.
  • Anda boleh menggandakan manfaat dan membuat kiub ais dengan timun, teh hijau, teh ekor kuda (horsetail tea) atau bawang putih.

 

Ini kebaikan ais yang anda perlu tahu:

Untuk kulit lebih licin

Setiap petang atau sebelum tidur, cuba gunakan cara ini: Cuci muka, isi beg plastik dengan ais dan urutkan bahagian muka dan leher dengan perlahan selama tiga minit. Dalam beberapa hari, lihat perbezaan pada wajah. Kulit akan kelihatan lebih segar dan licin. Terapi ais juga dapat menghalang kedutan dan membantu anda tidur dengan lebih baik.

Hapuskan jerawat

Terapi ais adalah salah satu cara terbaik untuk menyelesaikan masalah jerawat. Cuci wajah, balutkan ais kiub dalam kain lembut yang bersih atau napkin, dan perlahan-lahan tekan pada kawasan wajah yang berjerawat selama tiga hingga lima minit. Hasilnya akan mengejutkan anda.

Kurangkan kedutan

Begini caranya: Ais meningkatkan peredaran darah dan mencegah penuaan serta kedutan pramatang. Anda boleh mengurut wajah selama kira-kira satu minit setiap hari sebelum mengenakan solekan.

Mengecilkan liang pori

Sapukan kiub ais secara langsung ke kulit wajah selama dua hingga tiga minit. Jika lakukan cara ini dengan konsisten, anda akan melihat liang pori mengecut dalam masa beberapa hari.

Menghapuskan mata bengkak

Anda bangun tidur dengan mata yang bengkak? Jangan risau, gunakan ais untuk mengurangkannya. Balut dua kiub ais dalam kain, letakkan di atas mata yang tertutup, dan perlahan-lahan urut dalam gerakan bulatan selama dua minit.

Menghilangkan lemak di perut

Selain mencantikkan kulit wajah, rawatan ais juga membantu menghilangkan lemak. Tidak perlu untuk belanja lebih ke rawatan cyrotherapy jika anda boleh lakukan sendiri di rumah. Letakkan pek ais di perut selama 15 minit. Keluarkan selama tiga minit, dan ulangi selama sejam (maksimum). Anda boleh campurkan pek ais dengan teh ekor kuda, teh hijau, kopi dan rosemary. Ais akan mengubah sel lemak putih ke sel lemak coklat yang boleh dibakar melalui proses metabolisme dengan lebih mudah dan cepat. Tetapi harus diingatkan bahawa tip ini akan memberikan kesan terbaik jika digabungkan dengan diet yang sihat dan senaman yang kerap.

Sumber Gambar: Depositphotos